The best ever day of all! Yes it is Flydayyyyy......Morning Peeeps! Morning Sayang yang Shomel! Morning Mommy²! Morning Daddy²! Morning Hadik²! Morning Hakak² & Habang² semua!!!! suka betul hari ni sebab Jumaat adalah hari penghulu pada semua hari, hari terakhir dalam satu minggu, juga hari terakhir berkerja untuk semua dan tak lupa hari yang terpaling cepat dalam banyak² hari dalam seminggu hehehe...semua tahu tu semuakan, basically bercuti pada hari Jumaat amatlah tidak digalakkan ini kerana rasa macam rugi ajer, lagipun berkerja pada hari Jumaat sama seperti melepak di Pavillion or Empire Shopping mall hahahah....so datanglah kerja pada hari Jumaat dan simpanlah cuti anda untuk pergi melancung etc....ada gak baiknya hehe
While counting time before 5.30pm
Aku nak share pasal my last Valentine's project....sambutan Valentine's aku tidaklah similar couple² lain kat luar sana. Duk berkepit kehulur-kehilir dengan sejambang bunga atau sekuntum bunga ditangan, ada juga kelihatan kepit teddy bear or chocolates dalam shopping complex sebab hadiah dari kekasih hati sempena Valentine's Day. Bukan taksub atau bangga dengan budaya barat tapi pada aku tidak ada salahnya menyambut Valentines dan bersama orang yang kita sayang pada hari menginggati kekasih dan bukannya seperti makna Valentines itu sendiri. Macam juga birthday, anniversary etc kita cuma menghargai hari² istimewa macam ni kann....so berbalik pada project Valentines aku hari tu....Orang kat taman bunga tapi aku kat garden nursery......orang dapat bunga tapi aku modify bunga.....dan akhirnya inilah hasilnya......
MY LIL' GARDEN
Akhirnya project yang tergendala hampir 2tahun ini sempurna juga akhirnya, dari satu pokok ke satu pokok yang lain dari yang hidup dan mati kemudian hidup balik yang baru. Tak siap² jugak project aku ni. Terima kasih pada Shomel kerana membantu melaksanakan project ini. Kaktus² yang songsang kini sudah nampak tegak segak dan teratur. Pasu yang kaler-maler, kini dah sama kaler semuanya. Bunga² yang hidup segan mati tak mau pun dah selamat aku campakkan dalam tong sampah. Terima kasih juga pada Shomel kerana mengabungkan dua otak menjadi satu dan mencetuskan idea yang bernas dan menjimatkan. Especially the fountain idea! ia menjadi climax dan focus point pada perlaksanaan project ini. Diserikan lagi dengan cozy spotlight at 3 different angle, memang menarik dan menyedapkan mata memandang disertai dengan bunyi aliran air yang agak menyegarkan telinga yang telah seharian tepu dan sebu dek semak jalanraya hari². So rumah merpati aku kini bukan hanya rumah merpati yang tak punya tarikannya lagi. Rumah merpati aku ini menjadi satu tempat yang cozy dan best! Ala² ada mini garden plak..hehe yang membuatkan aku ingin balik awal selalu. Memenatkan actually tapi demi nak mengcozykan balcony, aku rela! Next, mungkin boleh cari small coffee table letak kat balcony tu so that memalam boleh lepak kat luar cari diea untuk update blog sambil berbicara dengan angin malam heheh.....:)
