Friday, December 23, 2011

YES! Aku benci kau LALAT!

Actually aku sering ditertawakan kawan² tiap kali aku berperangai begini. Hrrmmmm salah ke aku lipat straw then masukkan dalam gelas minuman aku pastu tutup gelas tu dengan kepingan tissue...? Tak salah kan.... lagipun aku geli geleman kalau² ada lalat sesat terbang hinggap kat minuman aku. Entah lalat tu datang dari mana pastu nak hinggap kat straw aku erkkkk! Tidak! Bukan nak mengada² dengan perangai macam tu, tapi itulah hakikatnya. Perangai lipat straw then tutup minuman ngan tissue tu semamangnya tak dapat aku buang lagi hingga hari ini. Ini akan terjadi berulang kali tiap kali aku makan ditempat yang agak terbuka. Aku tak peduli apa orang nak kata, yang penting aku benci LALAT! 

Ini semua bermula masa aku buat praktikal dulu, dimana seorang tenaga pengajar yang didatangkan khas dari Jepun menunjukkan pada kami semua tindakbalas dan pergerakan seekor lalat! Kenapa lalat? sebab masa tu kita orang tengah buat reseach pasal kebesihan so LALAT dipilih menjadi bahan ujikaji....Arrrghhhhhhhhh!!! disinilah segalanya bermula.....yang membuatkan aku memang semengal dengan menatang yang bernama lalat ni...
Photobucket
TAHUKAN KAMOOOOO semua....   
1. Lalat boleh menghidu satu² objek sejauh 2kilometer, ini bermakna satu² bangunan  berpontensi  diserang gangguan lalat dalam lingkungan 16kilometer persegi.

2. Seekor lalat boleh membawa lebih dari 200 jenis bakteria bersamanya dalam masa kurang dari sesaat. Hrmm bayangkan kalau seminit dan selebihnya, berapa banyak pulak bakteria yang ada bersama seekor lalat >_< errrrrrkkkkk...!

3. Apabila seekor lalat menyimpan/membawa bakteria pada telur, kemudian dalam masa 24jam bakteria² ini akan membiak dan berkembang sebanyak 280.000.000.000.000 kali ganda. Bakteria ini cukup untuk menyebabkan keracunan pada makanan. Kalau lepas makan then sakit perut ini bermakna makanan berkenaan telah dicemari sepenuhnya pleh bakteria! Ini amat jelas terbukti bila AKU SENDIRI yang melihat melalui teleskop khas yang dibawa oleh tenaga pengajar dari Jepun tu. Pembiakan superb aktif bakteria ini terhasil daripada hinggapan seekor lalat dalam masa kurang dari 1minit lalat pada  makanan yang dibiarkan terbuka. Sedangkan asyik bakteria² ini membiak, kita manusia dengan selamba makan makanan yang telah tercemar tanpa memikirkan entah berapa juta atau mungkin lebih bakteria dalam satu² makanan yang kita nampak enak dan lazat.

4. Apabila lalat makan, ia akan meninggalkan atau memuntahkan enzim volidrop bersama²  pada makan yang dihinggap untuk melembutkan makanan tersebut.

5. Bagi setiap seekor lalat yang dikesan, kebiasaannya terdapat 19ekor lagi  lalat bersamanya tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ini kerana ia sering datang berpasangan walaupun dalam kumpulan yang agak besar. Kepantasan lalat adalah fakta utama bilangan kumpulan  lalat gagal untuk dikesan dengan tepat.

6. Apabila percentage lalat hinggap pada makanan meninggi, penyebaran bakteria yang berleluasa akan terjadi dengan cepat. Penyebaran penyakit berbahaya seperti keracunan makanan, Typhus dan hepatitis  (liver damage) dan sebagainya lagi turut meningkat. 

7. Bakteria² ini juga tidakkan mati walaupun makanan diletakkan dalam suhu yang paling sejuk, cuma ia akan terhapus hanya dengan process memasak atau memanaskan. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, lebih kerap memanaskan makanan ianya akan menghilangkan zat pada makanan berkenaan.

Semamangnya kita tidak dapat melihat dengan mata kasar samaada makanan atau minuman kita telah dicemari/dihinggapi lalat, dalam sedar atau tidak atau mungkin ada yang tidak mengambil berat sebenarnya lalat adalah serangga yang paling berbahaya yang harus diwaspada tiap masa. Jadi itulah sebabnya kenapa aku jadi gitu, langkah berjaga² a.k.a geli geleman sebab pernah tengok dengan mata sendiri macam mana pembiakkan lalat dan bakteria terjadi. So jangan ada yang terkejut bila nampak aku meremangan bulu roma hanya kerana seekor lalat berterbangan. Well, korang nak kata apa pun aku tak peduli...! yang penting I wud say NO to Lalat!!!! Butt OFF! 
Photobucket