Tuesday, December 13, 2011

....Tuessday!!! Keje itu perlu ;]

Salam Pagi Selasa kamoooo² sumeee! Sihat keeer? :D 
Mood hujung tahun, bermalasan. 3hari bercuti sememangnya melemahkan segala urat saraf pagi ni untuk pergi kerja. Namun aku gagahkan juga kerana KERJA ITU PERLU! kalau tak macam mana nak survive dikota materialistik ni, yang mana setiap nafasnya berkehendakan wang ringgit. Tiada yang percuma! Inilah dia sebenarnya harga sebuah kehidupan, usaha untuk berjaya dan terus kehadapan. Tanpa usaha manusia tak mungkin tahu apa erti penghargaan, Sebab hidup itu mahal bukan?  Kalau kita boleh paksa diri bangun pagi hari² semata² nak gi kerja jadi taklah punya alasan kenapa kita tak boleh nak usaha untuk menjadi yang terbaik dari semalam. Konsep dia sama ajer kan..nak ngan taknak ajer..

Lama betul aku tak membebel kat sini, last couple of entries aku banyak share gambar² yang aku ambil sebab aku kekontangan idea. Tapi okay lah kan dari takde langsung heheeh... yang penting "ADO"! Arrrghhhhh penyakit kronik aku menyerang lagi ni, sakit lapoooooo! penyakit yang teramat sukar untuk dibendung sebab ianya akan datang dan datang lagi sesuka hati dia ajer.....so ubat penyakit lapo pagi ni cukup hanya dengan secawan Oat 3 in 1....tapi tiba² aku macam teringat kat satay kat pekan Muar hahaha....yeaaaalah that's the only 1 place yang aku tahu breakfast makan satay panas²! menarik kan? mana nak cari satay pagi² buta kat KL ni..? hahaha nafsu serakah makan ngalahkan orang ngandung 7bulan! hahahaha dah shut-up makan ajer Oat ni! Jangan banyak bunyi :D

Haiiiaaaaaaaaaissssh panjang lah pulak mukadimahnya hari ni, ekceli kan aku bukan nak citer semua tu tapi aku nak share benda lain yang aku jumpa last few days. Macam menarik ...so perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan kreativiti manusia yang bijak menghasilkan satu² produk yang boleh memberi manfaat pada kehidupan harian kita. Aku pun tak tahu apa nama benda ni....tengok jer lahh!

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Nampak macam roket yang chubby pun ada tapi sebenarnya Tea Table set. Simple, menarik dan menjimatkan ruang dan dah tentunya tak mungkin terdapat di pasaran dalam negara. Sesuai untuk ruang lobby pejabat atau pun dirumah. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan dengan gambar diatas tapi nampak macam dibuat dari rotan pun ada. Rotan, haaaa negara kita kan banyak rotan? Hrrmmm kenapa tak pernah nampak produk macam ni kat pasaran? Dari bentuk rupa rasanya taklah complicated mana pun nak buat benda ni kan? Hrmm....*berangan ngan Tea Table set ni sambil duduk² minum petang & chill ;] hehe chopppppppp! ada syaitan bergayut atas mata aku ni agaknya, tetiba macam ngantuk plak.....deeeeeymit!