Tuesday, December 20, 2011

...menyebu manjeeee ヅ

Tanggal 20hb Disember 2011, sememangnya seperti yang aku jangkakan sejak semalam lagi. Hari ini akan screw-up sebab semalam lagi kereta kechentaan aku meragam takleh nak start. Actually penyakit kesentapan masa nak hidupkan engine ni aku realized since last 2weeks lagi. Bila start kereta ajer dia jadi ala² semput manje gitu, macam half² breath gitu. Tapi engine masih boleh dihidupkan lagi walaupun semput² kekura. Oleh kerana yang demikian rupa aku dengan suka-suki hati tidak mengendahkan penyakit semput dia yang kononnya tidak membawa barah ini. Aku teruskan menghangkutnya kehulu-kehilir sehinggalah kejadian sadis dimana kereta kechentaan aku mati bebetul kat petrol pam DEPAN RUMAH semalam!  

Menunggu parah menjadi barah! Sudahnya kesemputan kechentaan aku tiba kekemuncak yang maksimum hinggakan dia terus merajuk tak mahu hidup lagi. Ini bermakna kechentaan aku perlukan belaian manje yang sewajarnya kali ini. Betul gak kan, kalau cantik ajer tapi semput pun apa maknanya....hhahahaha baeeeklah tayunk! meyh sini meyh...ololooooo xoxo!

Masalahnya sekali belaian bukannya belaian murahan okay! Pagi ni saja, untuk process membaikpulih kesemputan kechentaan aku bernilai RM 190.00! haaaaaa bleyh gitu...itu belum lain² charge lagi tu. Nasib baiklah selebihnya well manage so takde masalah sampingan yang perlukan penambahan cost. Kechentaan aku ni pun satu hal kan, nak buat hal pun kenapa taknak tunggu hujung bulan bukan lama pun lagi....time ni gak dia nak manje²! So inilah dia kechentaan aku yang merengek meminta dibelai pagi tadi...

KECHENTAANKU TAYUNK
Hrmmmmmmm ini lah rupanya, dah tergangga dah! Sungguh tidak sopan betul kan, mendedahkan aurat macam ni dikhalayak ramai. Nampak semua celah² bedah tu hahaha...Kotornya engine kechentaan aku ni, bila tah last aku cuci aku pun dah tak ingat, salu cuci luar ajer. Ada siapa² yang baik hati nak tolong cucikan ke..? sila angkat tangan tinggi² okay! take turn :] kalau gi hantar cuci kat car wash pastu lately asyik hujan ajer...hrmmm postponed dululah hahahhaha alasan "Pemalas!" :p
PUNCA KESEMPUTAN KECHENTAAN AKU!
Haaaaaaaa ni lah punca ² kesemputan kechentaan aku since last 2weeks! Benda ni saja cost aku RM 190.00...hrmmm macam² aku boleh beli dengan duit sebanyak tu kann.....tapi nak buat macam mana kan...oleh kerana kechentaan aku lebih memerlukan, so aku paksa-rela dalam menchik gak lah  aku ikutkan kehendaknya. Tapi kan, bila aku check balik last rekod aku tukar battery ni actually was in January 2010!!!!!!! Hahahahahah bleyh gitu? Dah lebih dari setahun kan......Kata mekanik tadi, jangka hayat battery ni dalam setahun 8bulan. Hrrrmmmm manalah tak semputnya nyawa kawan tu. Its about time lah kan, manusia pun kalau tak kena gaya semput gak. Inikah pula kereta hahahahahah.. Nasib kechentaan aku ni tak pandai bercakap macam kereta NightRider! Kalau tak harus dia membebel kat aku tiap² hari. Hahahaha....so kamo² semua beringatlah salu eyh, jangan tunggu sampai jadi macam ni. Ingat tu "CANTIK TAPI SEMPUT tak punya MAKNA!" hahahah