2:55PM Malaysia Time of cos!
Heluuuuyeaaaaaah!
Heluuuuyeaaaaaah!
Hari ni nak mengomel pasal blog lak. Hari² blogger online dan aku tidak ketinggalan menyesakkan traffic dan menambah hit blogspot. Aku tak dapat bayangkan berapa banyak daily hit untuk blogspot domain. Surely ratusan ribu barangkali atau mungkin lebih dari apa yang aku jangkakan. Kalau sorang blogger log in masuk 5-6 kali sehari, kalau 1000 blogger dah berapa hit? kaaannn...Kena pulak yang blogger tegar, idea yang datang mencurah² macam air terjun yang menghempas bumi tak henti². Imagine traffic dorang macam mana. Tak kisahlah lah kan yang penting bila aku nak blog, blog okay ajer tak meragam. Cakap pasal blog, pelbagai rupa blog yang sedia adakan! penambahan seperti design, banner dan widgets macam² lagi yang bertujuan untuk mencantikkan lagi blog masing². Yealahkan blog kita melambangkan personality kita jugak, sebab kat blog kita salurkan apa ajer yang kita rasa kita nak katakan. Tanpa sekatan dan batasan. Secara tidak langsung itulah diri kita sendiri di persada alam cyber.
Blog dan widgets,
Memang tak mungkin dapat dipisahkan, sebab dengan cara ini blogger dapat menunjukkan kesenian dan kreativiti juga keperibadian masing². Cuma jangan lah sampai tahap yang melampaui batasan kan. Tapi kalau dah terlebih widgets pun susah jugak, mulalah blog jadi slow. Loading pun jadi terkial² slow macam siput, terkedek² macam kekura! Tak cukup dengan background lagu, flash, contents, gambar² dan macam² widgets tambahan. Kalau boleh semua nak letak heheh....kesudahannya blog menjadi jammed! Kalau internet speed superb laju dan lappy masing² memang power giler takpe lah juga kan. So hari ni aku dah test tahap kelajuan loading pada blog aku sendiri dari 3 website speed test yang berlainan. Sebab nak puas kan hati, kot lah blog ni sengal macam siput laut kan. So result yang aku dapat adalah seperti berikut :D
Average loading time tidak melebihi 10sec, consider laju lagi walaupun blog aku ala ngegada nak snowy bagai kan..jangan ngegada nak kata blog aku slow eyh! Kalau betul slow sila maju kehadapan tunjukkan bukti hehehe.. Actually banyak lagi speed test website kat google so pandai² lah cari. Tapi kalau malas click ajer kat atas gambar tu test sendiri laju ke tidak. Kalau tak laju pandai² buat cleaning. Buang aja widgets/scripts yang tak penting. Ibarat tubuh badan kita sendirilah, kalau kita sihat, mesti senang ajer kita berlari kan. Cuba kalau kita gemuk dan memiliki pelbagai penyakit dalaman jangan katakan berlari nak naik tangga tingkat 1 pun tak tentu boleh lepas lagi. So nasihat aku sebelum aku mengakhiri entri ini, sayangilah blog anda seperti mana anda menyayangi diri anda sendiri. Heheheheh Blog kita wajah kita katanyeeeerr. Okesssss chow!


