Hello Buddies! M back hahahaha..ngalahkan retis pulak kan busynyer hhahahah.....Akhirnya segala kekalutan dan kesemakan 3-4hari lepas berakhir sudah. Meja yang amat kalibut semalam kini kembali kemas dengan mood nak bercoooti Tahun Baru. Tapi jam kat pc ni baru ajer pukul 4:30pm means masih ada lagi 1jam lagi sebelum aku akhiri semua tanggungjawap dimeja aku untuk tahun 2011. Ini mungkin entri terakhir dari aku untuk tahun 2011 dan bakal bersambung lagi Inshallah tahun depan pulak.
Pejam celik pejam celik kurang dari 48jam lagi selamat sudah 2011 melabuhkan tirai persembahannya. Kini 2012, bersama nafas baru dan pelbagai cerita lain yang masih belum kita semua ketahui. Aku juga seperti kamoo² semua diluar sana, 2011 terlalu banyak meninggalkan pelbagai cerita dan kisah. Suka, duka, gelak dan tawa yang hanya kita sahaja yang mengerti mengapa ianya terjadi. Yang pasti semuanya terjadi dengan izin dan kehendak Illahi untuk menduga kita yang masih kekal disini sebagai hamba-Nya sebelum tiba saatnya dijemput semula. Sebagai manusia siapa kita untuk menidakkan ketentuan yang Maha Esa, walaupun ada yang beranggapan mereka milik segalanya dan berkuasa atas semua yang ada! Kuasa Allah, tetap sama tidak memilih dan tidak menghitung kedudukan umatnya. Itu PASTI!
Apa yang bakal ditinggal pergi bersama 2011? Kenangan, yang pernah membahagiakan...Tangisan, yang cukup menyakitkan, Impian, yang tidak kesampaian... Pencapaian, yang menurut perancangan....Kepuasan, yang memberi keselesaan..senyum yang mewakili pelbagai perasaan...pelbagai lagi yang bakal aku bungkus terus dan campak semuanya pergi..
Kenyataan realiti sebuah kehidupan, ada pasang surutnya. Seperti aku! Sejak 5bulan terakhir, aku sendiri mengagahkan langkah sendiri untuk terus berdiri. Menguatkan semangat untuk mengapai sesuatu yang aku hajati. Aku akur dengan kesudahan segalanya disini. Aku tahu dan sedar, dalam kehidupan mana mungkin aku boleh kecapi semuanya dalam satu masa. Mungkin senyum aku tersentap satu tika dulu dek kerana keegoan manusia yang menjadikan aku mangsa. Namun senyum ini kembali milik aku hari ini kerana masih teguh percaya akan ketentuanNya. Walaupun aku terpaksa melepaskan segalanya pergi dengan hati yang seumpana mati. Alhamdullilah, hilangnya mendekatkan aku pada Allah dan itulah hikmah aku terima. Tidak seperti sebelumnya dan mungkin Allah tidak mahu aku terus hanyut bersamanya yang menjanjikan neraka.
Cukup luahan rasa 2011, pergilah jangan kembali lagi
