HAAAA....!!!NAMPAK TAK KAKI BLOG SIAPA TU..?
Hahahahah siapa lagi kalau bukan kaki aku kannn.! merewang tah kemana2 masuk blog orang tup2 diraikan gitu with special entry lagi! heehehe Thank you thank you bro Hazmin Hamudin hahahah kerana meraikan aku follower yang ke 300! sambil dapat publisiti murahan lagi hahahaha promotion package kaann! Touching over plak hahahah...:D bagi siapa yang tengah cari follower gi lah blog dia okay! Actually kan betul kata kau babe, nak cari follower yang betul-betul follower bukan senang kan + nak keep follower to follow kita pon tak mudah. Apa pun terima kasih pada semua follower² yang salu datang menebeng, merempet, meloncat, melawat, menjerit dan bermacam² pe'el yang korang bawak kat sini heheh bila baca komen² korang sikit sebanyak mengubat juga hati yang terkadang tersober sendiri. Lawak² komen korang memang amat dihargai dan dialu² bagi menguatkan aku terus memblogging kat sini setelah sekian lama aku tinggalkan dunia blog ni dulu. Tapi jangan lah sampai komen lelebih plak kan! nanti ada plak yang tersentap tak pasal²! Aku gak yang sentap + meroyan lagi... >_<
Blog & Komen = tak mungkin dapat dipisahkan.....hanya itu ajer yang boleh aku katakan cuma aku harap kita tahu adap dan batasan kita sendiri. So dipetang khamis ni aku nak beri nasihat sikit, nasihat untuk semua blogger dan juga menasihati diri aku sendiri. Esp bab komen² kat blog....pada blogger² yang dah bercouple, beristeri, bersuami, bertunang or apa ajer lah as long as korang dah ada teman gitu². Kalau korang rasa blog ni adalah dunia penulisan yang korang suka dan bebas untuk berkata² so jadilah blogger yang bijak.....beri yang terbaik dan bijaklah menyusuh setiap baris kata². Agar tidak nanti disalah ertikan, mengecewakan, menghampakan atau sebaliknya. Mungkin kita kurang sedar, adakala apa yang kita tuliskan tu mungkin biasa2 ajer tapi setiap orang lain pemahamannya, setiap pandangan lain penilaiannya, lain mata lain liriknya. Jangan ada yang makan hati nanti, jangan sampai memakan diri sendiri. Dalam maknanya tapi aku rasa korang faham sendiri kan.....:D
Aku percaya kita semua tergolong dalam golongan bijak pandai sebab kita diantara manusia yang boleh berceloteh tanpa mengeluarkan sedetik suara pun kat blog masing². Haaaaaa tak semua orang boleh buat macam kita taw! So itu kelebihan yang kita ada pemberian Allah, bertutur dengan hati lalu terbitnya satu entry :D so hargainya sebaik mungkin. Dalam asyik korang memblogging jangan pulak ada yang tak ingat batasan dan pulak main langgar ajer. Yang penting! JANGAN ADA YANG TERBIAR dan TAK SENGAJA DIBIARKAN! Jangan pulak disalahgunakan kemudahan dan saluran siber yang semakin hari semakin canggih sekarang ni. Behave and bijak lah, sebab aku tahu korang memang bijak semuanya :D
Okaylah aku stop dulu kat sini, jumpa malam nanti. Inshallah! masih ada lagi mission hari ni yang masih belum dipenuhi. Oleh yang demikian, mari blogger "KITA SELAMI JIWA, RAWAT ROHANI DAN PERKASAKAN PERIBADI"....hehe
"haiiiiiiiisssssssssssh apa nak jadi macam ni aja ni....!" Jommmm ikut aku gi Giant beli grocery :p
"haiiiiiiiisssssssssssh apa nak jadi macam ni aja ni....!" Jommmm ikut aku gi Giant beli grocery :p
