Saturday, November 05, 2011

Salam Eid Ul-Adha

Salam AidilAdha khas buat semua dan selamat bercuti pada yang bukan beragama Islam, mesti semua tengah sibuk dengan persiapan hari raya haji esok kan. Tak lupa juga yang masih bersesak jiwa menghadap jam kat hiway tak kira ke arah utara mahupun selatan. Harap agar semuanya sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat hendaknya. Inshallah...Aku..? Aku masih disni....Disini yang aku biarkan menjadi RAHSIA :p Nyway aku sebenarnya tak menyambut hari raya haji pun sebab memang tak pernah sambut kecuali Aidilfitri. Mungkin sebab aku belum naik haji kot :p  Teringat dulu masa kecik² ada yang kata "Eyh!, raya haji ni untuk orang yang dah pergi haji ajer lah" heheh jadi bebudak zaman tu taklah excited sangat nak sambut raya haji compare dengan Aidilfitri sebab kononya perayaan ni hanya untuk orang² tua aja..:D hehehe satu petikan dari kepercayaan dogengan budak² yang tak tahu apa²kan masa tu...

Tadi kan kata berita kat dalam TV tu, diskaun tol 10% diberi bagi laluan Lebuhraya Kajang -Seremban (Lekas) sempena Hari Raya Aidiladha esok. Pengurangan kadar tol yang ditawarkan akan bermula dari jam 12.01 malam ini hingga jam 11.59 malam esok. Katanyer lagi pemberian diskaun ini adalah untuk mengurangkan bebanan penguna jalanraya yang melalui laluan berkenaan. Hrmm apa penguna laluan lain tak beban ke dengan kadar tol di merata hiway..? kenapa hanya dilaluan tu ajer eyh..?Tak perihatin betul kan!

AidilAdha, Raya Haji/Korban 
Seperti juga Aidilfitri, Aidiladha merupakan perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, 13 belas bulan Zulhijjah tiap² tahun. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelamnya matahari pada hari 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermakna menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Aku jadi takut sendiri, terfikir sendiri apa pengorbanan yang telah dan bakal aku lakukan untuk aku dekati diri dengan Allah...? hrmm....