Friday, November 11, 2011

Remarkable 11.11.11

Cantik tarikh ni kan tapi aku tak punya sebab dan tak juga punya apa2 yang boleh aku semadikan pada hari ni, cuma aku ingin panjatkan doa pada Allah yang aku masih disini dan masih mampu bertahan dengan segala dugaan yang diturunkan. Inshallah aku mampu..rata2 yang aku dengar dan lihat ramai yang semadikan tarikh ini dengan pelbagai kenangan yang cukup indah dalam hidup. Yeaaah only once in our life time kan. Yang bertunang, bernikah dan macam2 lagi. Tak datang lagi tarikh ni. What about you bloggies? Cuma aku punya 11 Perkara yang aku ingin list kan disini..

SEBELAS & AKU
1. Bersyukur dengan setiap pemberian Allah
2. Aku ingin terus bahagia
3. Aku ingin punya rasa cinta dan cita yang tak kan padam
4. Aku ingin terus menggembara diseluruh pelusuk alam
5. Aku ingin terus berusaha yang tak kenal erti seksa
6. Aku ingin terus melangkah yang tak berpaling lagi
7. Aku ingin punya keluarga yang sesak dengan kasih dan sayang
8. Aku ingin punya hati yang takut akan mati
9. Aku ingin punya diri yang penuh dengan pendirian sendiri
10. Aku ingin terus punya keinginan untuk maju kehadapan
11. AKU INGIN DIA YANG TERUS KEKAL DALAM INGATAN

Hanya ini yang aku mahu....tiada lebihnya. Buanglah aku semahumu jika aku bukan lagi ditakdirkan buatmu. Jauhilah aku dari ingatanmu untuk kau terus dengan haluanmu. Bencilah aku sepuasmu kerna ku tahu masih ada hati yang menyayangi aku. Biar bahagia bersamaku kerana ku tahu hanya itu pohonku pada Tuhanku yang satu!