Selamat, selamat, selamat semuanya!
Aku kembali setelah beberapa hari mematikan diri, bukan merajuk bukan terasa hati jauh sekali mengasingkan diri. Cuma rasa ingin menyendiri melayani hati yang disinggah sepi yang baru aku sedar agak mengerikan. Melihat hari semalam, andai aku bisa membongkah semua rasa yang terpendam, ingin aku padamkan semua yang terejam, biar tahu seluruh isi alam. Kaulah manusia kejam yang pernah memadam cahaya yang pernah terang dan mengoyahkan tenang menjadi tegang. Hrmmmmm....>_<
Sejak beberapa hari lepas lagi perkataan 'munafik' asyik bermain dalam kepala aku, membekukan fikiran aku dari terus bersatu, sampai hilang semua idea aku nak teruskan penulisan aku. Seolah macam nak menyampaikan sesuatu yang aku sendiri pun tidak tahu. Tapi hari ini semuanya terjawap dengan sendiri...aku jadi sedar akan sikap dan kemunafikkan manusia. Aku yang dulunya pernah dianiaya manusia dan akulah insan yang tidak bersalah menjadi mangsa kemunafikkan manusia yang berjiwa puaka! Bila hati mula berbicara...
BILA AMANAT DIKIANAT
BICARA MENJADI DUSTA
BILA JANJI TIDAK LAGI TEPAT
DEBAT YANG ENGKAU SUKA
SYAITAN TAK KENAL APA SERIK
MENJADI TEMAN MANUSIA YANG MUNAFIK
Aku tersenyum disini tapi aku bukan giler! Baru aku sedar, mengapa Allah memakbulkan doa seorang insan seperti aku walaupun aku tidak sealim ulama dan tidak sesempurna Siti Khadijah. Aku masih dilindungi kerana aku dikianati, aku disayangi kerana aku bukan manusia munafik. Mungkin lawak atau pun ada yang mempersendakan niat aku, tapi sememangnya itulah yang berlaku. Bila hati aku mula ada 'doubts', Allah tempat aku meminta petunjuk agar aku tidak jauh tersasar. Walaupun satu ketika dahulu hati aku pernah hancur kerana sikap manusia munafik namun aku bersyukur. Aku tidak lagi terjebak dalam kancah kemungkaran Allah dan masih punya insan berhati mulia ingin menyayangi aku sepenuhnya.
Tidakkah terlintas difikirannya...
Aku adalah amanat Allah yang dihantar kepadanya, mengapa tidak aku dibimbing dengan sempurna? Mengapa tidak berjalan sekata agar diri diberkati sentiasa? Mengapa perlu hadir dusta bila ikhlas berteman didada? Apa perlu mengkianati janji dan melembutkan hati yang seakan mati..? Seharusnya kau dicincang mati dan dibakar jadi api.
Urrrggggghhhh....kenapalah kau ditakdirkan jadi manusia ketika itu? manusia yang pernah mendekati aku! Haaaaaaaissssh kan senang kalau kau ditakdirkan jadi meja ajer, terus ajer aku bakar kalau dah tak berguna. Aku bukan menyesali dengan apa yang telah dan pernah terjadi, cuma aku rasa terkilan kemanakah hilang akal fikiran manusia bila segala bahagia dipersenda. Tidakkah takut akan Allah jika segala nikmat diberinya dirampas dengan hanya sekelip mata...? Mungkin kau tak rasa sebab selama ini kau rasa kau punya segala! Ingin disembah bagai maharaja! Ingatlah manusia laknat, kau bukan yang terhebat!
