Tuesday, November 01, 2011

... 3 of senses! yang mana satu..?

Bukan ulang tayang ataupun siaran tertunda tapi live dari kotak fikiran aku sedang asyik memerahkan idea untuk aku terus membebel hanya untuk kepuasan hati. Seperti biasa setiap hari adalah hari baru buat aku, dengan harapan setiap langkah diberkati dan setiap baris perkataan tidak akan menyakiti hati. Agar hari-hari aku akan sentiasa dilindungi Illahi dan dijauhkan segala hasat dengki. Inshallah...mudahan senyuman aku masih kekal dipipi untuk semua yang aku kasihi..

Hamboooy berbunga2 mukadimah aku kan :D....berbalik kepada title kat atas, actually aku seolah tertarik dengan perkataan 'sense' ni sejak dari dulu lagi. Ntah tak tahu kenapa tetapi hari ni aku terima sesuatu yang mungkin boleh mencetus minda aku untuk terus membebel kat sini. Thanks "King Sany"!! Dan mungkin korang juga punya pendapat sendiri nanti tentang 'sense' yang aku maksudkan ni...



6 SENSE
Atau mungkin lebih tepat lagi aku katakan kuasa dalaman yang dapat merasa dan melihat sesuatu dari mata hati tanpa mengunakan 5 elements utama iaitu melihat, mendengar, sentuhan, bau atau rasa. Sama sekali bukan atas dorongan kuasa ilmu ghaib, aku akui ada diantara kita yang mungkin mempunyai kuasa ni dan mungkin kita sendiri tak sedar. Seseorang yang mempunyai 6sense ni seolah dapat merasakan apa yang berlaku atau sebaliknya. Betul ke semua ni? Apa sebenarnya wujub 6sense ni? Atau manusia sendiri yang mempropagandakan kononnya kuasa ini wujud dan merasa diri diantara yang terpilih untuk memiliki kuasa sebegini..? Entah aku sendiri pun tak punya jawapan yang pasti tapi adalah kata terjadi juga kat diri sendiri cuma mungkin itu secara kebetulan dan tidak disengajakan berdasarkan apa yang terjadi disekeliling kita yang mendorong fikiran menilai dan mengagak apa akan/mungkin akan berlaku seterusnya. Atau lebih tepat lagi atas kuasa Tuhan yang ingin memberi petunjuk pada kita semua. 

NONSENSE

Dogengan, merepek dan mengarut, merepek yang entah apa2 yang tidak memberi apa2 erti. Tahap manakah korang boleh terima sikap nonsense seseorang yang seumpama tidak punya akal fikiran? Esp bila mengeluarkan sesuatu perkataan atau sikap yang tidak masuk akal? Banyak juga pengalaman sendiri yang aku lalui selama ni, dealing dengan manusia yang kurang adap kadang2 seolah tak punya akal yang bijak dalam pemberi pandangan atau membuat satu2 keputusan. Merapu dan meraban yang bukan2 semata2 untuk mengelak dari sesuatu hal....Kadang2 rasa macam nak lempang pun ada bila dealing dengan orang macam ni kan, tapi hakikatnya memang wujud lagi manusia yang macam ni dalam dunia hari ni. dan masih banyak lagi golongan sebegini memenuhi ruangan dunia yang luas ni. Mungkin juga golongan ini mempunyai sebab sendiri mengapa dan kenapa mereka berkelakuan sedemikian. Tapi kadang2 kan aku pun tak terkecuali tak sengaja menjebakkan diri dalam golongan ini esp bila nak lari dari menjawap sesuatu yang aku rasa tak perlu, so dengan sendirinya sikap nonsense ni datang demi untuk kepentingan aku sendiri. Bukanlah aku punyai sikap pentingkan diri cuma hanya melindung diri dari sesuatu yang aku rasa tak perlu then mulalah sikap nonsense membuatkan aku merapu2 ...sometimes annoying jugak tapi nak buat macam mana kaaaaan. 

COMMONSENSE

Munasabah, waras dan bijak mengunakan budi bicara. Rasional tetapi ada juga keburukannya jika terlalu rasional. Betul tak? jika terlalu rasional hingga memakan diri sendiri pun susah juga! Tidak semua manusia yang bijak, dibekalkan dengan akal yang munasabah. Kewarasan seseorang juga tidak menjamin budi bicara yang bijak. Mungkin aku agak bosan dengan perkatan rasional, mungkin benar dan teramat benar! Dealing dan bercampur dengan orang yang terlalu rasional hinggakan aku sendiri dapat rasakan mereka yang terdiri dalam golongan ini kadang kala seperti mengambil mudah dalam apa sahaja urusan. Sebab ingin berada dalam keadaan yang selamat, seharusnya munasabah seseorang ini haruslah berdasarkan sesuatu yang boleh diterima akal fikiran dan bukannya berdasarkan jalan mudah untuk selamat dari risiko dikemudian hari. Ada juga yang sengaja bersikap commonsense hanya untuk membuktikan mereka ini berfikiran waras tetapi hakikatnya mereka adalah golongan manusia yang malas untuk menguna otak, akal dan fikiran kurniaan Tuhan. Sesuatu tingkahlaku yang dianggap biasa sebenarnya adalah yang tidak biasa!Sakit otak juga kalau dealing ngan orang begini, sebab semuanya guna commonsense. Logik dan rational lah sangat katanya


"hrmmmm macam2 sense kan, so sebagai manusia yang sempurna harap2 kita semua pandai mengunakan apa yang telah dikurniakan sebaik mungkin yang boleh...jangan sampai kita tergolong dalam golongan bijak pandai tetapi hakikatnya bodoh! Sekian....:D