Thank God It’s Friday…! It’s also the last day of work for the week. Means no need to turn up gi office esok like usual routine. Well, what a day today kaann. It is ME again with slightly "stuck-up' feeling is back to menggomel sendiri talking to myself sesuka hati lagi dan lagi tanpa henti.
TOPIK OF THE DAY
MENJADI DIRI SENDIRI adalah yang terbaik. Apa perlu aku menduplikasikan diri sendiri untuk menjadi seseorang yang bukan diri aku sebenar. Itu bukan aku! Aku tak mungkin melanggar pendirian sendiri demi kerana sesuatu yang aku kurang selesa, tak mungkin juga mengkianati diri hanya kerana rasa. Jangan paksa aku untuk membohongi diri aku sendiri, aku tahu siapa diri aku dan aku tak perlu dipandang hina begitu. Aku punya matlamat sendiri dan mungkin tak kan sama dengan yang lain namun aku selesa dengan apa yang aku pegang selama ini. Aku berkata jika aku perlu berkata...
Mungkin ramai yang kurang jelas dan kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri sehingga terpaksa menduakan diri untuk menjadi yang terbaik dimata kasar namun bukan lahir dari keiklasan hati. Apa mungkin punya kepuasan dengan bersikap begini yang akhirnya hanya akan memakan diri sendiri..? Merubah kebiasaan yang selesa, aku bisa meletakkan hati dan jiwa disatu sudut yang amat terseksa. Aku tak mungkin bisa! Karna aku bukan dewi segala rasa. Maaf walau pun aku hilang semua kata2.
Tidak dinafikan, aku punya cara dan penampilan yang agak kasar namun aku percaya kekasaran luaran diri bukan cermin gambaran sebenar seseorang individu. Aku punya pendapat, yang tercetus dari akal yang terkurnia. Aku punya cara untuk membela dan aku punya pemikiran agar aku sendiri tidak kan mati untuk sesuatu yang belum pasti. Aku punya alasan sendiri dan aku tidak perlu dihakimi hanya kerana tidak menuruti apa yang aku rasa perlu. Hukumlah aku jika aku bersalah karna mengheret diri untuk menjadi lebih positif mengasihani diri.
Aku tidak mahu gagal lagi, aku tidak mahu juga disakiti lagi, jauh sekali mengulangi apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Tetapi aku agak kurang selesa jika ada yang sengaja mengulangi dan mengingatkan sisa hari yang terbaki dan hari2 yang telah lama aku tinggalkan pergi. Apa perlu diulangi, seolah aku tidak pernah diberkati..? Aku cuma ingin menjadi diri sendiri dan tidak yang lainnya, tidak mungkin aku akan menyalahi diri dan tidak juga menunding jari menyalahkan sesiapa sahaja disini. Aku punya kelemahan diri karna aku hanya manusia, yang tidak pernah serik untuk belajar dan terus memaafaatkan kelebihannya.
Aku tahu dimana dan siapa aku, aku yang punya batasan. Aku yang punya alasan yang tak mungkin aku hebahkan. Batasan yang aku sendiri gariskan demi mengharungi sisa kehidupan. Batasan kesabaran, rasa cemburu, pemikiran,menanggung sebuah bebanan dalam dan luaran yang aku sendiri tidak pernah mahu. Aku tahu sedangkan Tuhan sendiri telah berjanji tidak akan memberi sesuatu hal diluar kemampuan batasan manusia. Siapa aku untuk memilih dan mempertikaikannya. Aku tidak mahu hilang rasa sabar, kurang berfikir untuk hari ini dan lebih jauh mungkin. Aku hanya mahu mengadili diri dengan penuh keadilan dan tak mahu menzalimi dengan sesuatu yang aku rasa tak perlu. Aku bukan manusia yang punya sikap serakah, iri dan dengki atau apa sahaj yang berbaur negatif cuma aku masih ingin terus belajar mengasihani diri sendiri karna AKU DISINI HANYA SENDIRI TIDAK PUNYA SIAPA2 LAGI.
ch000tz: ..won't gone overboard ...
ch000tz: ..won't gone overboard ...