Bagaimana harus aku leraikan lagi, perlukah aku diperlakukan begini? Kenapa perlu rejami jiwa yang sedang hangat merindu? Apa punca semua rasa yang membuatkan hati seakan bisu? Tidak cukup lagi kah tiap bait rindu yang kau tahu? Tidak cukupkah lagi tangisan hati yang tak pernah muak dengan rintihanmu? Penyakit hati yang cukup aku sendiri geruni? Penyakit hati yang memang tidak punya penawar untuk diubati. Penyakit hati yang mungkin akan memakan diri. Aku tak mahu mati hanya karna hati! Dan aku tak mahu hati MATI LAGI karna ketidakbijaksanaan diri. Dan aku tidak seharusnya dihukum begini..aku tidak mahu terusan begini. Dirasuk penyakit hati yang tidak henti2 cemburui aku yang sepi, cemburui aku yang sendiri....cemburui aku yang jauh dari kekasih hati.....cemburu yang sering buat aku menjadi buntu dan terpaku bagaikan batu!
ANDAI SAJA KAU TAHU...
Akulah kekasihmu yang sering menunggu
Akulah perasaanmu yang sering mengganggu
Akulah rindumu yang tak kenal erti jemu
Akulah curigamu kala hilang bicara rindu
Akulah cemburumu yang suka mengusik tenang
Akulah pencintamu yang mewah dengan rasa
Akulah dirimu yang sering ingin bersama
Akulah SAYANGmu yang inginkan segala
Akulah AKU yang kau ingin TAHU..
Akulah AKU yang kau ingin TAHU..
ch000tz: berikan cintamu dan sayangmu. PERCAYAKAN AKU..saat ku tahu kau kan pergi jauh izinkan aku untuk selalu menantimu. UNTUK KUKATAKAN KUINGIN DIRIMU...:'(