Selamat Jam 10:08malam..
Mungkin ini entry yang terakhir untuk minggu ni sebab esok aku dah nak pergi ke Medan dan mungkin tak online sebab malas nak hangkut lappy bagai. Tujuan ke Medan hrmmm ntah tak tahu!...."buang badi" kot.."Nauzubillah" seharusnya trip ini terbatal dengan sendiri dek kerana keadaan yang mahukan ianya terjadi demikian. Namun hati aku berkeras ingin teruskan jugak niat aku nak kesana walaupun ianya tidak seperti yang dirancangkan pada awalnya. Jauh disudut hati masih wujud seribu pertanyaan yang masih belum terjawap dan aku cuba menidakkan semua kebarangkalian yang bakal terjadi. Atau mungkin dalam ertikata yang mudah difahami, aku mungkin dah tak ambil peduli lagi. Aku tak pasti. Akan aku turuti kata hati tapi aku akan pastikan yang aku tak kan mati kerana hati. Bukan kerana ego tapi redha dengan ketentuan Illahi. Hanya Dia yang mengerti akan semua yang diberi. Mudahan semua yang berlaku akan memberi kesedaran dan pengajaran pada kami untuk lebih menghargai. Inshallah..
AKU NAK GI SINI
Berbalik ceciter Medan, dengar kata tasik yang terbesar dan tercantik ada kat Indonesia iaitu Danau Toba atau pon Lake Toba, terletak ditengah bahagian Utara Sumatera. Kalau Google, memang nampak cantik sangat2 tasik ni, dan selagi aku belum menjejakkan kaki kesana, sukar untuk aku komen lebih2. So tunggu ajer lah nanti macam mana esok. Tengok dari maps ni tak lah jauh mana dari Malaysia kalau compare dengan tempat2 yang pernah aku pergi sebelumnya. Okay ja...lagi dekat rasanya kalau nak dibandingkan dengan Brunei kat atas tu hehe...Brunei eyh, hrrrmmmm mungkin sikit hari nanti dah boleh kot gi Brunei. Boleh aja kan...sebab ke Brunei plak? perlu ke ada sebab nak kemana-mana pun, kena carilah sebab kenapa ke Brunei. Tapi rasanya sebab hati gak kot, sebab hati aku ni manja lebih ngegada pon leh tahan gak so for now hati ni macam ngegada pasal Brunei plak. Sajer ke tu..? Tak pe nanti aku cari sendiri pelan2 apa yang ada kat Brunei tu eyh....>_< (kot lah kalau ada kann)
Weeeeyh sedap ajer duduk kat sini..., luggage xkemas lagi semua barang berselerak atas katil. Jam dah kul bapa dah tak gak siap2 lagi ni..esok nak gerak sebelum subuh. Hhahahaha elok ajer bersandar update blog . Apa nak jadi ni..? Bercakap sorang2 plak hahhaha. Ok stop kat sini dulu, Inshallah bersambung semula balik dari Medan nanti. Apa pun, mudahan selamatlah semuanya nanti. ~Ameeen~
ch000tz: eeehhhh.....kenapa ada yang seolah menakali hati ni..? Jangan nak ngegada!