Selamatlah berhari Jumaat...
Jam 8.30am aku dah sampai office walaupun office hour jam 8am.(dislike), so nothing much to comments sebab memang aku lambat pun kaaaaan. Sampai ajer parking kat office aku dah kena culik dibawa gi breakfast. Salunya jarang2 aku breakfast tapi disebabkan pagi ni dah diculik tanpa rela aku terpaksalah membreakfastkan diri hari. Yeaaaa heavy dooovey breakfast katanyeeer roti canai berintikan sardin (orang panggil roti sardin kan?). Huuuuuuh tak sedar diri lah tu !!!!! >_< PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI: Jangan nak ngegada nak lunch plak hari ni. Gemok balik nnti baru padankan muka! Lemau macam beskoot kena rendam dan sedikit rabak hari ni, bukan rabak apa cuma rabak mata SEBAB malam tadi tidur lambat shesangat lambat SEBAB sebu dan sober sendiri, sungguh tak suka. KPI untuk hari ini standby lagi dan membilang waktu hingga kepetang nanti, actually atas table ni banyak gak benda yang perlu aku selesaikan TAPI alasan kali ni aku hilang nafsu & macam nak termuntah tengok semua ni a.k.a MALAS tahap gaban. Aku rasa gaban pun tak semalas aku hari ni. KPI untuk lunch time nanti plak, aku akan pastikan screen protector bb aku bertukar pada yang baru sebab dah terkopek dan cukup menyakitkan mata aku.
Haaaaaaa! Apa motif sebenar gambar kat sebelah ni..? xde motif apa2 kot sebenarnya cuma ini sebagai bukti yang aku memang sengal lagi rabak hari ni thn dah lama sangat aku tak pakai kasut ni pastu nampak plak klip lovey-dovey tu kat tepi meja aku so inilah jadinya nyer kaaaan barulah dikatakan dalam blog ada blog dan dan blog ada aku. Lama dah tak amik gambar2 kaki macam ni, tetiba datang idea nak buat macam ni balik hehe. Nasib boss takde kat office kalau tak sure aku lagi tambah sangap dalam rabak.
Cepatlah habis wahai hari jumaat!
Hrrmm, aku teringat soalan yang bertubi2 diajukan pada aku malam tadi, soalan2 yang aku sendiri tak suka dan kurang selesa. Soalan yang membuatkan aku teringat balik kat dia. Kat dia yang tak reti nak hargai aku! Kat dia yang membuang aku semahu hati dia. Kat dia yang suka-suki dengan sikap ego dan berlagak dia. Hrmmmm perlu ke diajukan pada aku benda2 yang tak perlu diungkit atau diingat lagi. Walau jelas hati aku dah beku macam batu! This part memang aku agak kurang setuju sama sekali sebab dalam hati aku hanya punya sayang yang satu, hanya SATU! Faham x? Yang selebihnya aku rasa tak perlu, manifesto muhasabah diri jangan dijejaki langkah yang telah pergi kalau tak mahu sakit sendiri. Bangkit terus kehadapan dan kalau boleh jangan berlari sebab kalau terjatuh nanti memanglah kena hadap sendiri. Ada makna dalam makna, ada maksud yang masih belum susut. Jangan menempah padah, bila mendapat nanti memang tak tergadah. Dan aku diam bukan erti aku yang kalah atau mengalah, sebab diam sebab aku tak suka nak bertelingkah yang boleh menjanjikan parah.
ch000tz: ..benti kat sini jup, aku nak gi bebuat bz sat hihi
ch000tz: ..benti kat sini jup, aku nak gi bebuat bz sat hihi
