Wednesday, October 26, 2011

Bom Nuklear AS Paling Berkuasa DIBONGKAR!

Amarillo, Texas (AP) - Bom terakhir AS yang paling berkuasa, satu senjata yang jauh lebih kuat dari bom nuklear yang pernah digugurkan di Horoshima kini hampir dibuka setelah setengah abad selepas ia dimasukkan ke dalam perkhidmatan kemuncak perang dingin.  

Komponen terakhir Bom  B53 ini akan dipecahkan pada hari Selasa ini di Pantex Plant berhampiran Amarillo, AS hanya menghimpunkan senjata nuklear untuk kemudahan penanggalan fasiliti. Program merombak selesai setahun lebih awal dari yang telah dijadual, menurut Jabatan Negara AS, Pentadbiran Keselamatan Tenaga Nuklear Negara, ini sejajar dengan matlamat Presiden Barack Obama untuk mengurangkan bilangan pengunaan senjata nuklear.

Thomas D'Agostion, Ketua Pentadbiran Nuklear AS, memberitahu bahawa penghapusan bom adalah satu peristiwa yang amat penting. Dimasukkan ke dalam perkhidmatan pada tahun 1962, apabila ketegangan perang dingin memuncak semasa krises Peluru Berpandu Cuba, B53 seberat 10,000 paun dan bersaiz manivan. Menurut Persekutuan Saintis Amerika, ia adalah 600kali lebih berkuasa daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun yang membunuh sebanyak 140,000 orang dan membantu berakhirnya Perang Dunia II.

B53 ini direka khas untuk memusnahkan kemudahan-kemudahan yang jauh tersembuyi di bawah tanah dan telah dibawa oleh pesawat pengebom B-52. Dengan kemusnahan, bom seterusnya yang terbesar beroperasi ialah B83, ulas Hans Kristensen jurucakap Persekutuan Sains Amerika. Dimaklumkan 1.2 megatons dan manakala B53 adalah 9 megatons. Penanggalan bom B53 berakhirnya era bom megaton yang terbesar, saiz bom membantu mengimbangi kekurangan ketepatan. Bom yang terdapat hari ini adalah lebih kecil tetapi yang lebih tepat mengurangkan jumlah kerosakan cagaran, ulas Kristensen.

B53 telah dibina terdahulu dengan mengunakan teknologi lama yang ditinggalkan oleh jurutera yang telah bersara dan juga telah meninggal dunia. Jurutera-jurutera ini juga telah membina alat yang begitu kompleks dengan prosedur keselamatan yang baru dan masih perlu diperbaharui dengan technologi terkini.

"Kami tahu bahawa ianya akan menjadi satu projek yang begitu mencabar, dan kami gabungkan pasukan-pasukan yang cemerlang bersama-sama rakan-rakan kami untuk membina satu cara untuk mencapai matlamat ini dengan selamat dan cekap," ulas John Woolery, Pengurus Besar Loji. Sebilangan besar B53s telah dibuka dan ditanggalkan pada tahun 1980an tetapi sebahagian besar ditinggalkan di dalam senjata Amerika Syarikat (AS) sehinggalah tiba masa persaraan daripada stok penimbal pada tahun 1997. Pantex jurucakap Gred Cunningham berkata beliau tidak dapat mengulas secara lanjut mengenai berapa banyak bom yang telah ditanggalkan di kilang Texas.

Senjata ini dianggap musnah secara sendirnya apabila ia dianggarkan mempunyai kira-kita 300 paun bahan letupan yang berkuasa tinggi yang dipisahkan daripada bahan nuklear khas yang dikenali sebagai Pit. Pit Uranium daripada bom yang dibongkar atau ditanggalkan di Pantex akan disimpan sementara waktu di kilang Cunningham. Bahan bukan nuklear dan komponen kemudianya akan diproses, proses ini termasuklah proses pembersihan, kitar semula dan pelupusan, kata Pentadbiran Keselamatan Nuklear Nasional AS semasa mengumumkan peranan utama Texas Plant's dalam merombak B53. Kilang ini akan memainkan peranan besar dalam projek-projek yang seusia dengan senjata tua daripada senjata nuklear AS.


Sources: Merata
ch000tz: mood is merayap setempat cari pengetahuan luaran. :] apa kes aku ni tetiba nak tahu pasal bom plak ni. Rasa macam nak bom someone kot hehe :p