Selamat Berhari Jumaat dan Selamat Jam 4.52 Petang! Hrmm...Inilah lunch untuk hari ini, santapan yang cepat iaitu Curry Mee Honta! simple presentation tapi rasa yang cukup menyelerakan. Actually pic ni disnap setelah hampir setengah aku makan mee ni hehehe.....so ini ajerlah hasilnya. Yang penting addooo...! Rasa macam nak membebel sendiri hari ni, perjalanan hari yang agak stress selepas lunch, hrrmmm yeaaaahh stress sikit lah. Mungkin sebab aku jarang stress and tiba2 dapat urgent task yang memerlukan aku terkejar kesana-kemari dalam keadaan yang kekeyangan serta kesejukan sebab hujan. Terpaksa pulak dealing dengan orang2 yang teramatlah suka buat kerja2 last minute dan membuatkan aku rasa macam nak picit2 dorang ni. Diantara dialog2 sengal hari ni yang membuatkan aku hampir termuntah hijau diantaranya..
Si-Bakal Dato': "So how? I have no idea what to do, somemore Minister ada kat Moscow weekend baru balik" atau message yang cuba disampaikan sebenarnya adalah "what say you? do you have any idea how to make it done?" atau lebih jelas lagi " I bluur" ni lah dialog2 orang atasan yang dah tak jumpa jalan keluar nak selesaikan satu2 masalah yang timbul tiba2 dengan seengaja. Alahaii sabar ajer lah..,seperti biasa akulah orang pertama yang dorang akan cari untuk menyelesaikan dan mencari Dato'2 & Tan Sri2 yang hilang tah kemana! Macam solutions machines pon ada aku ni. Tapi boleh ajer kalau aku buat, apa masalah ngan dorang nihhh! Dari rumah bekas Perdana Menteri ke Pejabat Menteri link pulak ke Kementerian Wilayah Persekutuan alih2 Minister pulak kat Moscow! Camne tu? Taknak hantar aku ke Moscow plak ke..? Sesuaru benda kalau dibuat dengan penuh sabar dan kesungguhan selalunya akan berakhir dengan hasil seperti yang kita harapkan. So tarik nafas panjang2 dan akhirnyaaaa aku berjaya extend semua sampai hari Selasa depan so minggu depan sambung balik kerja giler ni, yealah tunggu sampai Minister tu balik Malaysia lah. Maka tersenyum lebarlah si-bakal Dato'2 ni semua. Semudah itu ajer kann, semua kekelibutan officemate aku lintang-pukang siapkan itu ini untuk aku sudahnya berakhir dengan lega. Kesian pun ada sampai dia tak sempat nak lunch makan biskut ajer tapi nak buat macam mana dah memang kerja dia kan. Buat gak lah walaupun muka dia retak seribu. Kalau dia stress, aku 10x stress sebab aku main contact dorang2 ni semua.
Macam2 kes! Orang lain yang nak dapat Datoship, orang lain yang kalibut. hrmmmm speechless betul! Kalau lah dorang2 ni semua tahu nak siapkan semua requirement tu awal kan ke mudah kerja aku hari ni. Ni tak, selagi tak last minute selagi tu buat tak tahu ikut suka2 hati ajer. sabar aje lah..
Kesimpulannya: Curry Mee tadi sememang tidak ada kena mengena langsung dengan ini cerita hehe tapi ini cerita ada maknanya! Jangan tanamkan sikap suka buat kerja last minute kalau diri ada penyakit semput hinggakan menyusahkan diri sendiri dan orang lain, tak kisahlah walau smart mana sekalipun kita kalau dah last minute tu alamatnya dah tentu ada ajer yang tak kena. Bila dah realize ada yang tak kena masa tu nak menyesal memanglah dah tak berguna..then baru padan kan muka, ok kita "LEK LU SAP KOK LU"....hehe
ch000tz: Hujan dah benti, stress pon dah takde lagi dalam hati ada seri.....nak apa pasni..?