Portal rasmi Komuniti Terima Kasih Malaysia ke ni? Makin banyak pulak portal komuniti since Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak jadi menteri kan. Hehehe pemimpin alaf baru yang tidak buta IT hihi...
12.06pm @office lah mana lagi...
Tugasan kat office dah considered done SEBAB boss hensem aku dah keluar, heheh so dah habislah tanggungjawap untuk hari ini. Tugasan aturcara istiadat buat masa terdekat pon dijadualkan lambat lagi the rest is on place as per what they have/has to do...so Next....me wat wat buat bodoh jer hehe
Page-to-page, mana nak merayap ni....merayap di alam maya katanyerr (cara membuang masa alaf baru merayap setempat hanya dengan berkomputer) hahahaha macam-macam leh buat kan kan..Semalam ternampak satu promosi portal kat Astro, so gatal tangan nak jenguk website tu, sempat snapshot skali! nak gak tahu hebat sangat ke portal tu hehe..., mula-mula nak masuk website tu punyalah slow giler ingatkan wifi kat rumah buat masalah lagi rupanya website tu memang dilahirkan dengan keSLOWan yang teramat. Sabar...sabar...ingatkan slow sebab over hit ke apa ke tapi taklah over hit mana pun website ni. Gitu-gitu ajer..
Hrmmm....katanyerrr...Portal komuniti penghargaan dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Yea ke..? Portal yang juga memberi peluang pada semua rakyat Malaysia kursusnya untuk menyalurkan rakaman penghargaan terima kasih dan bangga dengan idea yang paling kreatif melalui rakaman short video. Dan seperti biasa rakaman yang paling kreatif akan mendapat penghargaan dalam bentuk hadiah kot dari pihak penaja. Salah satu idea yang dicetuskan dari syarikat telekomunikasi terkemuka DIGI Malaysia dan kerjasama dengan syarikat tempatan yang lain. Idea yang secara tidak langsung bakal mencuri perhatian kerajaan Malaysia diatas keperihatinan dan juga mungkin dapat membantu merealisasikan idea Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Yang bestnya, baru 1st time nampak kat Tv and hit portal tak banyak mana tetapi dah pun ada 2orang big shot yang telah dinominatekan sebagai Hero Malaysia (katanyerrr lagi). Paparan video penghargaan mereka kepada Negara Malaysia. Hehehe bleeeey?? yeaaaaa lah kan kan... sungguh propaganda ala sinetron ni. Ikutkan ajer..
Siapa dorang tu?
Dato' Steven Sim, founder a.k.a CEO/MD dan pemilik restoran/cafe ternama Secret Recipe! hehehe baru tahu dia ni taiko Secret Recipe rupaya. Tak pernah tahu pon selama ni sebab salu gi makan jer kat situ hehe, semua orang tahu kedai kek ternama Secret Recipe Cafe kan haaaa dia lah founder a.k.a Big Taiko! nak tengok muka dorang googlelah sendiri heheh dan sorang lagi Dato' Jimmy Choo, haaaa ni memang kenal apek botak yang terrer bab design kasut! siapa tak kenal dia ni kan, anak kelahiran Pulau Pinang yang berlatarbelakangkan keluarga pembuat kasut tepi jalan. Dan kini berjaya menempatkan diri diantara jenama-jenama terkenal diKota London. Memang semua dah sedia maklum akan kejayaan beliau. Cuma dia belum desperate lagi nak jual branding dia kat orang lain. Itu bagusss!
haaaaaaaishh....bukan nak citer pasal dorang, nak citer pasal portal komuniti tu...hrrmmm rasa-rasanya lah kan berapa agaknya kos pembikinan portal ni eyh..? hehehe rasanyalahkan mesti berzuta-zuta bervillion-villion kan hehe biasalah kos project-project zaman Datuk Seri mana pernah lagi yang ciput-ciput. Tak kiralah walaupun project baik pulih toilet belakang rumah kampung hehe...dan tak mungkin portal ini dikendalikan secara sukarela. Mana dengan domain, hosting lagi.....hehe semua tu cost kan so faedahnya dan dari mana datangnya fund tu semua..?macam kurang percaya DIGI nak tanggung semua kos berkenaan tanpa mendapat sebarang pulangan. Ada ke yang nak buat macam tu..?
ch000tz: tetiba tingat issue hangat bayaran pembikinan laman social free yang telah dibayar Kerajaan Malaysia tak lama dulu..hehe status kes: KIV til further notice haha
