Thursday, September 15, 2011

KeajaibanMu...

AKU
Bismillillahhirrahmannirrahhim..
"Ya’Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu aku memohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau maha berkuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif, Engkau maha tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau maha mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya’Allah, jika dalam pengetahuan semua ini adalah yang tebaik buatku pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa akan datang, kau takdirkanlah dan permudahkan bagiku kemudian kau berilah aku berkat daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu semua ini hanya akan membawa bencana bagiku dan agamamu, membawa akibat dalam kehidupanku baik sekarang ataupun masa akan datang, kau jauhkanlah ia daripadaku. Semoga aku diberkati dan dilindungi dan ditakdirkan padaku yang baik, sesungguhnya Engkau maha berkuasa diatas setiap sesuatu."

FIKIRAN
Melayang² fikiran aku jap pagi ni…apa nak buat yea..hrmm menjengok AirAsia website, mana lagi aku nak gi pasni…tetiba aku ternampak Paris! Yes Paris what else kalau bukan Eiffel Tower….hrmmm salah 1 daripada 7 keajaiban dunia katanya... Membrowse kesana-kemari sambil membelek page to page gambar² 7 keajaiban dunia. Asyik betul…dari 1 page ke page yang lain, aku ibarat orang yang tidak mempunyai tanggungjawap bersenang dengan fikiran yang kosong tersandar sendiri tanpa gangguan..

Kembali mengamati keasyikan manusia yang terlalu mudah mengeksplotasi ‘keajaiban’ sehingga tidak dapat membezakan ‘keajaiban’ sebenar dengan kebiasaan.  Seperti yang aku sedia maklum dan yang sering diwar-warkan diseluruh pelusuk dunia, betapa indah keajaiban dunia hari ini. Dan aku tidak terkecuali untuk melewati salah satu yang kononnya ‘keajaiban’ dunia seperti Tembok Besar Cina di Beijing. Tidak dapat dinafikan ianya memang satu keunikan dan begitu indah.

Seperti juga Piramid, Taj Mahal, Menara Condong Pisa, Angkor Watt, Eiffel Tower, Kuil Partheron dan macam² lagi lah sekarang ni. Masing² menyimpan keunikan dan cerita yang tersendiri yang kita sendiri pun tak tahu akan kesahihannya. Apa orang kata itulah yang di cuba untuk percaya.  Yeaaahh memang tidak dinafikan itu keunikannya tetapi bukan keajaiban. Kan kedua²nya berbeza. Keunikan ciptaan manusia dan manusia ciptaan Tuhan itu keajaiban!

Dari kejadian Allah terhasilnya manusia, itu keajaiban. Perlukah disamakan kuasa Tuhan dengan manusia? Kalau manusia boleh memberi keajaiban pada dunia siapa pulak Tuhan disisi manusia..? Bukankah Tuhan itu lebih berkuasa atas semua dimuka bumi? Bukan Allah pemilik setiap yang ada dimuka bumi..? SubhanaAllah..

Hrmm....tapi macam mana pulak semua ni bukankah dengan..
  • Dapat melihat
  • Dapat mendengar
  • Dapat menyentuh
  • Dapat menyayangi
  • Dapat merasai
  • Dapat tertawa
  • Dapat mencintai
Ini semua 7 keajaiban dalam kehidupan harian kita..? Siapa agaknya yang bagi kita semua keajaiban itu..?

Dikurniakan sepasang mata untuk MELIHAT keindahan ciptaan Allah, bisa MENDENGAR setiap tuturkata dan apa sahaja melalui telinga, dapat MENYENTUH apa sahaja yang ada didepan mata, diberi hati untuk menyayangi dan MERASAI apa itu kasih sayang yang pasti memberi bahagia pada manusia dan mengukirkan senyuman serta TERTAWA...MENCINTAI akan setiap yang ada dikelilingnya...

PERSOALANNYA
Adakah benar kita cukup menghargai semua kurniaanNya...atau sekadar mengambil semua itu tak ubah seperti satu yang biasa dalam kehidupan...? Turun naik pusing hidup yang seumpana roda yang berputar... hrmmmm aku belum.......mungkin tak pernah menghargai tetapi aku ingin......aku ingin kembali dan bersyukur akan setiap detik nadi ini...

Ya'Allah, ampuni setiap salahlakuku....bimbinglah aku dengan kekuasaanMu dan jadikan aku insan suci dan terus mengingatiMu hingga keakhir nanti...

~ameen~