Thursday, October 28, 2010

...mari membebel sendiri...


Lokasi: Atas katil
Kawan: Lappy yang comey lagi cute
Mode: Malas dalam rindu :D

Scratch yang tidak disengajakan.....dan aku sendiri pun tak ingat bila kali terakhir aku melukis macam ni. Angin takde ribut tak ada jari aku seakan ringan ajer nak melukis semula. Kalau dulu melukis/menulis adalah minat aku dari kecik cuma sayang family tak mendorong aku untuk teruskan minat ni......*sebab.? tah macam2 lah alasan dorang! kalau diingatkan semula aku rasa aku ada beratus buku scraps yang menyimpan pelbagai cerita dan bebelan aku sendiri. Disitulah tempat aku mengadu, mengumpat sendiri, lepas geram dan macam2 lagi.  Tak ubah macam rojak air batu campur! semua ada! Mana semua buku2 tu ekk..??? Separuh diantaranya aku rasa dah lama kena bakar ngan mak aku dan selebihnya 'rasanya' ada dalam kotak bawah katil kot....kot lah ada lagi...

~bosan tahap gaban!
Macam rindu nak menulis tapi aku kekontangan idea, tapi nak gak menaip.....aku cuba...hrmm...entah aku rasa lagi bebas blogging dari melayari laman social....aku boleh tulis apa yang aku nak tulis sesuka hati aku! Sebab blogs aku sendiri kan hehe :D so aku punya suka orang peduli apa...hari2 dok ngadap games kat facebook aku pun naik muak! nasib tak muntah hijau ajer lagi haha =))

Dah berhari2 aku bukak tutup bukak tutup blogs ni tapi idea tak juga datang2....beku kot idea ni dalam kepala aku..huuuuuh, eh! teringat pulak macam mana aku nak tender nanti. Tengok muka boss aku ajer aku dah macam hilang semangat nak cakap ngan dia...aduhhh...bukan sebab dia tak ok tapi dia terAMATlah oknya...sayang juga nak tinggalkan kerja yang paling senang dan aku rasa semua orang nak kerja macam aku buat sekarang ni...tapi tu lah aku sedar dalam kehidupan tak semua kita boleh kecapi dan tak semua yang boleh kita miliki dalam satu masa. Jadi jawapannya adalah teguhkan hati dan kuatkan semangat untuk satu pengorbanan. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar dan moga apa yang aku hajatkan dan apa yang aku cari selama ini menjadi kenyataan untuk aku terus kekal bahagia sampai bila2....Insyallah. Biarlah apa orang nak kata, yang penting aku tahu hala tujuan hidup aku sendiri dan yang pasti aku tak menyusahkan orang lain terutama sekali keluarga aku....kan kan kan kan :D

Dah takde idea dah lagi sebab otak aku dah jammed sebab over rindukan budak daybab yang jahat tu !!!!!!! Jangan dia extend last minute sudah....mau aku meroyan lagi!!!