Tuesday, September 07, 2010

....tirai syawal

Selang beberapa hari saja lagi tibanya syawal dan berlabuhlah tirai ramadhan untuk tahun ini. Tidak seperti tahun² sebelumnya, aku tak sesibuk orang lain dengan persiapan untuk pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama ibu dan ayah. Aku masih berkerja sehingga saat² akhir tibanya syawal nanti. Aku putuskan untuk bersendiri raya tahun ini...tanpa seorang pon ahli keluarga dipagi syawal nanti dan aku tak punya jawapan yang specific untuk apa yang telah aku putuskan sendiri.

Mungkin juga kerana aku terlalu kecewa dengan keadaan sekeliling atau patah hati dengan segala yang ada. Entahlah, hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Mengapa dan kenapa semua ini diturunkan untuk aku dan bukan orang lain. Aku tidak bermaksud untuk menyesali takdirnya jauh sekali untuk menidakkan setiap kejadian. Cuma seperti makhluk insan manusia yang lain, aku juga inginkan kehidupan yang sempurna. Kehidupan yang berlandaskan agama dan pegangan hidup sendiri, keinginan dipimpin dan memimpin pada yang memerlukan. Kasih dan mengasihi pada mereka yang tersisih.

Besar sungguh impian hati aku....
"Rasa tak tercapai tangan memeluk gunung......terasa kecil tapak tangan nak menampung langit"
Beribu bicara dihati tapi aku tak mampu nak huraikan satu per satu....sampaikan kadang² jadi semak yang menjadi punca aku naik semak ;-)

6.33PM - Mode: Kosong & Sendiri kat office!
-tbc-
0.O