
Semua orang mempunyai keinginan berpasangan, bercinta, berkasih dan akhirnya berbahagia bersama insan yang disayangi. Mengharapkan perhubungan yang berkekalan hingga ke-anak cucu dan hingga ke akhir hayat mungkin. Impian murni yang pasti hanya Tuhan yang berkuasa menentukan segalanya. Namun tak semua insan dibumi ALLAH ini memiliki peluang seperti ini. Ada juga yang kasih tak kesampaian dan pelbagai halangan lagi yang datang mendatang.
Aku punya cinta dihati, namun cintaku seakan membuta tuli
Aku punya rindu dendam, namun rinduku seakan kian terbenam
Mengapa harus ada rasa tika hatiku sedang berduka
Mengapa perlu kau tiba tika hatiku bersengketa
Perlukah aku berpaling padamu tika jiwa aku melara
Perlukah kau disini tika hatiku tertutup rapi
Benar kata orang 'Cinta itu buta'. Ada kebenarannya disebalik kata-kata tu. Cinta hadir dalam hati tak perlu diundang. Rasa cinta terbit sendiri bila berputiknya kasih. Cinta tak kenal usia, cinta tak kenal hala. Siapa yang dilamun cinta terlupa akan usia diri dan kerana cinta ada juga diri yang binasa kerana tak punya hala bercinta diri akhirnya menjadi mangsa.
Aku suka bercerita soal cinta, cinta buat aku khayal. Cinta buat aku suka berimaginasi sendiri. Indah saat bercinta tiada terbitnya rasa duka. Indah dunia bercinta hanya dirasa 2 insan yang asyik dilamun cinta. Dan aku..?? Apa jadi dengan aku?? Aku akui hatiku punya cinta tapi cintaku tak sesubur sebelumnya. Kasihku tak sesegar embun pagi, rasa rindu tak semanis dahulu lagi. Entah??? aku sendiri tak tahu kenapa, mungkin kerana aku sendiri "MUNGKIN" atau hati aku yang mula berpaling dengan apa yang aku ada "MUNGKIN" ada sebab-sebab lain. Semua "MUNGKIN", aku nak sering dilamun cinta, cinta sering buat aku tersenyum dan tak kurang juga membuat aku leka... memang leka tak elok kan tapi aku suka..!sebab hati aku tak berduka.
Kalau aku ada cinta dihati taklah hidup aku jadi bosan camni, kalau benar cintaku bersemi kini dan tentulah aku "SANG PUTERI" yang paling happy sekali. Dan taklah aku tersepuk dalam bilik gelap ni begini tika ini..Apa nak jadi ni....?? Nasib baik cinta tak dijual dipasaraya kan kalau tak tentu aku dah beli tiap2 kali gaji. Hheheheh tiap bulan lah aku tukar cinta aku. Kalaulah cinta ada dijual kat pasaraya atau shopping complex dah tentu berkaler2 koleksi cinta aku. hehehe
Okaylah stop.Apalah aku merepek dalam gelap ni, malam ni kat luar diorg sebuk tengok Anugerah Era tapi aku dengan tenangnya mematikan diri dalam bilik. HP selamat dah aku matikan.Kerana apa? kerana aku taknak diganggu oleh cinta yang tah apa2. Buang masa aku ajer, tak ada maknanya...


