Friday, July 08, 2005

London: World War II

LONDON - Kegembiraan Britain meraikan kejayaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012 dua hari lalu diragut dan bertukar menjadi ketakutan apabila bandar raya ini digegarkan dengan siri letupan serentak di stesen-stesen kereta api bawah tanah tube dan bas hari ini.

Serangan berlaku sekitar pukul 8 pagi (4 petang waktu Malaysia) di beberapa lokasi di sini pada waktu orang ramai bergegas ke tempat kerja.

Setakat ini sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 700 lagi cedera.
Gambar² tempat kejadian sebelum letupan berlaku. Betapa tempat ini sebelumnya menjadi kebanggaan wargakota London dan kini semuanya bertukar menjadi tempat yang amat digeruni.
Image hosted by Photobucket.com
KING's CROSS STATION Dianggarkan 21 kematian disini.

Image hosted by Photobucket.com
ALDGATE EAST STATION Lima kematian.Seorang doktor yang ditemui di stesen Aldgate East berkata, sekurang-kurangnya 90 orang cedera dalam letupan di stesen itu.Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam letupan bas di Tavistock Square, tetapi berdasarkan kemusnahan korban mungkin besar.

Image hosted by Photobucket.com
MOORGATE STATION Tujuh kematian.

Image hosted by Photobucket.com
EDGWARERD STATION Lima kematian.

Dan selebihnya distesen Liverpool St. Letupan juga dilaporkan di kawasan Old Street dan Russell Square yang terletak berhampiran Muzium Britain.

Sebuah kumpulan yang tidak dikenali yang menggelar diri mereka sebagai `Kumpulan Sulit Jihad Al-Qaeda di Eropah' mendakwa bertanggungjawab ke atas letupan-letupan itu. Agensi berita Itali, ANSA dan akhbar Al-Quds Al-Arabi melaporkan bahawa kumpulan itu mendakwa dalam mesejnya yang disiarkan menerusi satu laman web sebagai bertanggungjawab ke atas serangan-serangan di London dan memberi amaran kepada Itali dan Denmark supaya mengundurkan askar-askar mereka dari Iraq dan Afghanistan.

Para penganalisis keselamatan berkata, serangan-serangan yang jelas diselaraskan dengan baik itu mempunyai persamaan dengan pengeboman di Madrid tahun lalu, dengan stail serangannya sama seperti yang dilancarkan oleh Al-Qaeda. Siri serangan itu turut serentak dengan sidang kemuncak Kumpulan Lapan (G8) yang sedang berlangsung di Gleneagles, Scotland.

"Tidak dinafikan lagi ia adalah siri serangan yang dilancarkan oleh pihak pengganas," kata Perdana Menteri, Tony Blair pada sidang media di Gleneagles ketika mengulas mengenai sekurang-kurangnya enam letupan yang menggegarkan kota London itu.

Ketua Polis London, Sir Ian Blair memberitahu, pihaknya menemui beberapa petunjuk yang menjurus kepada `kehadiran' bahan-bahan letupan di salah satu daripada tempat kejadian. "Kita sedang menyiasat dan percaya ia adalah satu serangan bersepadu dan terancang," katanya kepada stesen televisyen Sky News.

Polis tidak menerima sebarang amaran awal daripada mana-mana pihak berhubung serangan ganas berkenaan. Serangan itu menyebabkan pihak berkuasa London menggantung serta-merta semua perkhidmatan kereta api bawah tanah dan rangkaian bas awam. Sedutan rakaman oleh Sky News menunjukkan bangkai sebuah bas dua tingkat yang bumbungnya ranap dan serpihan bertaburan di sana sini di Russell Square di tengah London.

Menurut pihak polis, mereka percaya bas itu musnah akibat letupan bom.
Sementara itu, serangan berkenaan menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan di peringkat antarabangsa selain menyaksikan pasaran saham di London dan Paris mula jatuh apabila mula beroperasi pagi ini.

Amerika Syarikat yang masih trauma dengan serangan 11 September 2001 di New York mengarahkan kawalan keselamatan lebih ketat di semua rangkaian kereta api Metro di kota kosmopolitan tersebut.

Perancis yang kalah pada bidaan untuk menjadi tuan rumah temasya Olimpik 2012 semalam turut meningkatkan amaran keselamatan antipengganas kepada tahap merah iaitu tahap kedua paling tinggi dalam sistem amaran keselamatan negara itu.

"Ini adalah satu drama untuk Britain dan juga semua negara Eropah yang telah menyaksikan serangan ganas ke atas kereta api di Madrid pada 11 Mac 2004" kata Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin.

Serangan di Sepanyol itu mengorbankan 191 orang dan menyebabkan kerajaan Sepanyol ketika itu kalah pada pilihan raya yang diadakan tiga hari selepas itu. - Agensi


Turut simpati pada mereka yang berasal dari Malaysia tetapi menetap disana dan mungkin juga terlibat dengan kejadian ini.Kesimpulannya HARGAILAH Tanah Air sendiri, seadanya dibumi nyata..!