Tuesday, July 05, 2005

bla....bla....blaaaaaaa

Liuwlian² (In mandarin) Yummy best². Tu haa sisa aku makan durian lepas bergelumang dengan minggu² yang cukup meletihkan. Heheheh kusemadikan gambar ni sebagai tanda yang aku tengah tak betul masa tu, mabuk makan durian sambil hati yang membukam sepi dan letih. Sebijik durian tu aku belasah sorang jerk. Tu pon banyak giler ulasnya. Pastu malam tu aku kepanasan..Hangat²....!!!Bila aku dapat tahu ada durian untuk aku, aku jadi happy giler. Sebab dari hari kesehari aku nak beli durian tapi bila aku kenangkan baunyer yang payah nak ilang terus aku lupakan niat murni aku untuk menjamah durian. aku dapat bayangkan camner bau durian yang melekat dalam kereta dulu, punyalah payah nak hilang. Yealah bau durian dalam kereta pastu kena plak aircond..Walllaaaa bau dia surelyyy mautnyer lah.

Sampai kat umah dah ada seguni durian khas buat zz, heheh cayang kat orang yang ingatkan aku tuh hehehe.. Giler punya kerja hengat aku ni buruk lantak agaknya nak baham satu guni durian heheh. Aku amik 2 biji ker selebihnya pass kat umah mama. Tak dapek aku nak makan semua nya. Sampai umah mama awal² lagi aku dah pesan untuk ambil daun pandan dan campakkan dalam bonet kete. Hopefully bau durian tu hilang dengan segera. Yealah macam²kan petua yang kita dengar untuk hilangkan bau durian. Memula nak letak roti supaya bau tu diserap dek roti tu, tapi takut bersemut atas berlimas lak nanti. Pastu terpikir plak arang, mane lah aku nak cari arang. Nanti kalau arang tu dah bersepah dalam bonet satu hal pulak aku nak membersihkannya. Sudahnya aku teringatkan daun pandan..YES daun pandan senang jer petik daun dan campakkan dalam bonet. Huuuhhhhh memang mujarap petua ni, kalah pewangi kereta yang dijual kat kedai² now day. Tak percaya kalu 1 day kowang try. Tengok ler hasilnya memang berkesan giler dalam masa sehari kereta yang berbau durian tu jadi harum semerbak. heheheh

Last week hari khamis aku gi Penang, tak drive tapi naik flight. Tinggal kat Feringgi Beach Resort. Kerja...kerja...kerja...cam biasa ada urusan yang perlu aku selesaikan kat sana. Masa kat sana aku tengok Penang penuh dengan pak arab ngan mak arab. Kata orang kat Penang, sekarang ni musim diorang bercuti. Asal aku pergi breakfast jerk, coffee house penuh ngan pak arab-pak arab ni. Dah macam tempat perhimpunan hantu kom-kom lah pulak heheh.. yealah diorang ngan berjubah bagai. Huuuhhh bau diorang peeerrhhhgggggggggg....tak ingat nyar..!!

Kat Penang.
Tak banyak tempat yang aku dapat pergi sebab hotel tu dengan town agak jauh. Makan masa dalam 40min untuk sampai kesana. Malam aku sempat pergi kat Nite Market/Ship yang dekat dengan hotel tu, tempat tu memang tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Aku pergi pon atas cadangan kawan aku yang memang tinggal kat sana. Boleh tahan lah cuma masa kat situ aku ternampak 1 couple mat salleh ni dok kat bus stop sambil pegang sekeping manila card yang tertulis dia lapar dan ingin meminta bantuan dari orang ramai.Rupanya mat salleh ni yang aku jumpa masa kat Airport, handbag dia kena curi. Semua lesap, yang sedihnya mintak sedekah untuk makan. Diorang takde duit nak makan then nak kerja pon tak boleh kat sini. Aduiiihai kesian lah pulak. Datang sini nak melancong alih² kena ragut. Bebetul² memalukanlah, tak patut betul buat kat pelancong camtu. Mana tak nya orang² kita dipandang serong oleh bangsa asing, sebab manusia camni lah puncanya.

3days 2nite kat Feringgi Beach pastu aku aku pindah ke Vistana Hotel. Kat dengan shopping complex Bukit Jambul. Okehlah hotel ni kalau compare dengan Feringgi Beach tu. Aku stay kat Vistana 1 hari jer....

Apa aku beli kat Penang hehehe...nanti aku citer..