Thursday, July 14, 2005

..bila jari lama x menari..

Tika benar aku rasa sepi
Aku sedar ada sesuatu yang kian jauh pergi
Pergi menjauhi diri
Seperti tiada perkataan kembali lagi
Kali ini mungkin yang abadi
Yang hanya dua insan mengerti
Pergi yang meninggalkan rasa sepi

Terbit sedar dalam diri
Betapa aku alpa & tidak menghargai
Adanya cinta & kasih sejati
Yang tidak jelas dimata hati
Dan akhirnya terbiar layu mati
Pudar hilangnya seri

Berbekas jua akhirnya dihati
Parut kasih yang jelas disini
Mengapa dan apa lagi mahu diri
Hingga cinta suci terbiar pergi
Untuk apa sesalan tika semuanya pergi
Hanya menghancurkan hati insan yang kian sepi

Haruskah aku mengatu kembali langkah ini
Menjejaki memori yang telah pergi
Yang sering mengundang diri
Untuk menangis sendiri

Kau datang bertandang dihati sepi
Tika diri mula menyendiri
Dikamar hati disebalik pintu hati
Hanya kau yang ku nanti..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Image hosted by Photobucket.comLama betul aku tak bermain dengan kata, dari hari sehari buku nota dipenjuru katil seakan terbiar. Akhirya aku dapat kembali menarikan jari ini, walaupon tidak seberapa tapi aku masih mampu untuk melakukannya. Untuk "Dia", maaf aku pohonkan. Aku hilang semua, aku hilang rasa cinta. Kasih membenci diri lalu aku seakan karam sendiri disini. Kuiringi dirimu dengan doa, berbahagia hendaknya dan terima kasih untuk semuanya. Aku insan biasa, umat yang tak sempurna seperti mahumu semalam..