Thursday, July 28, 2005

Bila dah boring kan...mcm² leh jadi


Zz's BLOGS
Minat aku menulis, tak kira walau pon kat rumah sekali pon kalau tiba mood aku nak menulis aku akan menulis, kalau mood ada kalau x tak datangnya idea. Satu lagi fungsi blogs ni untuk aku melepaskan geram atau pun merapu atau apa sahaja yang aku rasakan perlu. DiULANGi apa saja yang perlu. Meaning that tak ler semua citer aku nak masukkan dalam ni kan. Not my diary anyway..! Tapi ada sesetengah pihak yang beranggapan semua cerita dalam blogs ada berkait rapat dengan penulis.Entahlah pendapat orang kan, mana boleh kita nak stop kan pemikiran orang lain. Apa pun yang penting kita happy tak ganggu orang, cuma kadang² kita ajer yang rasa terganggu. Oleh siapa..? memacam.. ganggu dek perasaan sendiri, persekitaran dan pelbagai benda disekeliling kita. Yang kita tak tahu planet mana munculnya.


Tempat aku memBLOGGINGkan diri
Ni tempat aku kat office, maksud aku office dimana aku berkerja lah. Partition ni sepatutnya 2 tempat duduk, satu lagi kat sebelah kanan aku. Akan tetapi hanya aku duduk sorang ajer kat partition ni. Disinilah aku selalu membloggingkan diri. Merapu tika aku kebosanan dan disini juga aku menjalankan rutin dan tugas harian aku. Tempat ni memang best tak ada orang nak kacau sebab tempat aku dekat dengan bilik boss. Sapa ada berani kan, cuma kadang² kalau boss tak ada adalah sorang dua datang dok bertandang kejap². Disini aku memerhatikan kedatangan staff, mana yang on time, mana yang lambat semua tu depan mata aku. Cuma kadang² aku buat tak nampak ajer. Malas nak kisah sangat.Tak ada apa yang menarik sangat kat kat tempat aku sebab kat floor ni aku ni memang ramai giler tapi sunyi sikitlah yealah dah administrator and reseach group yang dudukkan. Ada pun bunya bising bila diorang tengah stress hehehe... ada kadang tu ternampak researcher² yang tertidur kat tempat diorang heheh. Lantaklah kome...!


1 sudut @ my partition
Actually semua ni 'gift' dari staff² yang pergi outstation, ada yang pergi oversea ada yang local. Yang baik hati tu salunya akan bawak balik something untuk aku heheh termasuklah boss aku dalam bilik tu. Yealah kan dah aku yang handle travel arrangement diorang. Berbaloilah. Tak mintak pon tapi kalau orang dah kasi aku tak tolak. Toche-toche..! Some of that aku dah bawak balik rumah sebab tak tahu nak letak kat mana.Yang aku tinggalkan mana² gift yang tak gunakan space yang besar. Semak plak aku rasa nanti.Cuma bebaru ni aku nya BOOMERANG aku hilang. Tah sapa tah rembat. Siot betul orang tu, sampai boomerang aku pon diorang nak amik, dah ler benda tu boss aku kasik. Then kena rembat plak tuh....Sabo jer lah. Kalau nak pon mintaklah. Maybe aku leh usaha kan. Jangan lah plak nak merembat camni, tak ke siot namanya tu. Actually kan boss aku tengah meeting ni, aku plak cam takde mood ajer hari ni. Tah lah tak tahu plak napa. Gambar² tu semua aku amik sesampai ajer kat kat office pagi ni. Hhehehe aku memang mereng hari ni.

Okey, sekian dari bilik berita jam 9a.m. Pemberita nak gi breakfast jap. Lapoooooooo..