Thursday, June 16, 2005

......kuk koooooo² 5.30a.m


Sindiran yang sering hinggap di gegendang telinga ini, sedikit sebanyak merimaskan aku. Sindirian yang tak pernah lekang tiap kali aku terima panggilan mahu pun melalui sms dari daerah kecil itu. Secara tak langsung membuatkan aku rasa malas untuk kembali semula ke sana seperti sebelumnya. Khabar berita yang aku terima sememangnya tidak masuk akal, mana logiknya orang yang telah pergi meninggalkan dunia ini kembali semula. Karut..! Walau pun begitu aku tersentuh untuk memdapatkan kepastiannya sendiri. Bagaimana harus timbul khabar berita sedemikian seandainya tiada punca. Dari mana datangnya goyang jika tidak ada angin yang bertuip kencang. Sungguh pun telah diketahui umum bahawa Dia telah lama jadi kenangan. Hanya tinggal nama dan kenangan dihati kalangan sahabat. Nama yang telah lama terkubur sepi.

Pemergiannya satu ketika dahulu dalam satu tragedi menjadi tumpuan dan tatapan umun, menjadi isu utama di akhbar-akhbar tempatan. Secara umum, semua tahu akan kesudahan tragedi yang menimpa mereka yang terlibat dengan Letupan Gas Petronas di Kertih satu ketika dahulu. Namun hari ini tragedi itu seakan tak pernah berlaku. Arrrgghhh!! aku keliru sendiri, apa sebenarnya yang telah berlaku hinggakan kewujudannya di daerah ini semula menjadi sesuatu yang tidak mengelirukan masyarakat setempat. Aku tak pasti…

Aku kembali juga untuk seketika disini, ingin aku mencari sesuatu yang akhir-akhir ini mengganggu ketenteraman jiwa ini. Aku berdiri disini kembali, di daerah kecil yang dulu pernah menjadi kawasan permainanku dan dimana aku mula melangkah mengenali dunia ini. Disini segalanya bermula sebelum aku berada dimana aku berdiri sekarang ini. Seperti biasa sindiran sinis tetap juga datang menghinggap di telinga aku walau pun hari ini aku telah kembali disini.

Aku disapa oleh seseorang yang tidak asing dalam diriku, yang memberitahu bahawa Dia kini berada tidak jauh dari aku. Walau pun aku tidak tahu dimana kedudukannya namun tika itu juga hati aku bergoncang kuat, seolah dunia hampir-hampir mencabut nyawa dari tubuh ini. Ibarat aku kini berada diawangan bersama si-pari-pari yang menanti kepulanganku. Aduhhh mengeluh aku sendiri. Mana bisa orang yang telah tiada lagi kembali semula ke dunia ini. Karut..! Aku tabahkan hati yang sejak dari tadi bergoncang kuat. Terimbau kembali hari-hari lalu, dimana aku sanggup pergi beribu batu untuk menziarahnya dan memberi penghormatan terakhir buatnya. Dan aku pasti dari nama yang tertera di batu nisan jelas membuktikan segala. Dialah yang terkubur disitu.

Kembali pada kisah dia yang muncul semula disini.
Memang benarlah! Tidak Syak lagi.! Dialah orangnya, jika dibandingkan saat akhir ku bertemu dengannya terlalu banyak yang berubah. Dia memang tampak lebih matang. Jauh lebih matang dari sebelumnya. Mungkin sebab usianya, hati aku bergelora kencang lagi, benarkah aku berhadapan dengan seseorang yang selama ini ingin aku temui dan sehingga ke akhir hayatnya tidak juga berkesempatan..? Aku ingin sekali berhadapan dengannya dan memastikan bahawa insan itu adalah Dia.

Aku mula memberanikan diri, dengan mencuri-curi pandang dari jarak jauh. Namun aku belum cukup berani untuk berhadapan dengannya. Aku terus mencari peluang untuk aku bersua muka dan memastikan kedudukan sebenar kejadian selama ini.

Aku jadi keliru sendiri, apakah dunia ini tiada kekuatannya lagi. Hingga hidup mati seseorang boleh ditukar ganti. Dan bukan lagi sesuatu tragedi yang cukup mengerikan di hati manusia. Seperti yang aku lihat hari ini, semua ibarat drama bersiri. Drama yang disusun yang membuatkan hati kecil menjerit sendiri.

Semua kenangan antara aku dan Dia masih ada ku simpan rapi, aku mengambil keputusan untuk memulangkan semua kepadanya dan dengan harapan aku dapat mengembalikan kenangan silam. Mungkin dengan cara ini aku dapat memastikan bahawa Dia adalah orang yang sama seperti sebelumnya setidak pun aku dapat kebenaran bagi apa yang sedang berlaku. Walau pun kewujudan selepas kematiannya amat sukar untuk aku terima tapi hakikat hari ini Dia berdiri disini didepan mata aku.

Barangan yang aku kembalikan padanya selamat sampai ditangannya, dan semuanya bermula. Memang tidak aku sangka perjalanan pulang dari satu Majlis keramaian di sudahi dengan pertemuan yang segaja dirancang olehnya. Aku senang dengan pertemuan ini, setidaknya terubat apa yang terpendam. Berakhir juga satu penantian yang terlalu lama buatku. Segala kegagalan lalu dapat aku huraikan disini, hanya itu yang aku tahu. Jauh disudut hati aku akui yang benar aku merinduinya. Keindahan pertemuan ini masih hambar.. 

Panas tidak sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Mungkin itu ungkapan yang cukup tepat untuk aku perjelaskan segala. Aku ditanya bertalu-talu, seolah dalam perbicaraan mahkamah dimana kemenangan bukan dipihakku. 

Mengapa hari ini? 
Mengapa sekian lama aku menyepi? 
Mengapa hari ini aku muncul disini? 
Untuk apa semua ini? 

Aku hanya mampu menarik nafas panjang, kurasa udara hampir tidak cukup menyelinap keseluruh tubuh ini, hilang segala kata yang selama ini terpendam didada. Apa lagi mampuku, semuanya takdir dariMu Ya’Allah. Antara kau dan aku hanya sampai disitu. Aku ditulis untuk pergi berpaling darimu tika itu. 

Maafkan aku..! 
Tiada jalan kesudahan antara kita, aku punya cinta namun aku tak punya cita. Aku punya rindu padamu namun diri tetap kaku dihadapanmu. Apa lagi mampuku disini.Dia hanya melihat dan pergi berlalu meninggalkan aku terus terpaku. Diam sepi seribu bahasa, ku jadi insan bisu seketika. Argghh..mana hilang segala bicara dihati ini.
Kenapa aku boleh jadi bisu sendiri...?

Malamku tidak seindah seperti yang dijangka.
Sekali lagi aku disapa olehnya. Aku diminta untuk melupakan segala kenangan lalu. Segala yang terjadi biarkan jadi memori. Memori yang harus disimpan rapi disanubari. Tiada perlu lagi untuk diulang.....

hmmm zzZZzzzzzzzzzzZZZZzzzzzzzzzzzz..

5.30a.m
(Alarm berbunyi seperti biasa..mengejutkan aku dari igauan ini)
Arrrrgghhh…!!aku bermimpi lagi. Dimana silapnya lagi. Dia datang kembali dalam lenaku, biarpun dirinya dan memori lalu telah lama aku campakkan jauh dari peti fikiran ini. Hari ini dia datang lagi, datang dan terus pergi. Meninggalkan rasa tidak senang dihati. Sesungguhnya Dia telah jauh aku tinggalkan. Aku akui pernah satu ketika dulu Dia ibarat sebati dalam jiwa aku. Aku tak mahu terus hanyut dengan igauan sendiri lagi lalu aku terus buang semuanya jauh dari diri ini. Semuanya kosong sejak aku sedar tiada kesudahannya. Diatas nasihat seorang teman aku berjaya kaburi bayangan dari terus menganggu hidup aku. Tapi hari ini di muncul lagi, dalam mimpi dan dalam lena malamku. Addduuuuiiiiiiii.....Apa lagi mahunya..?

Mengapa perlu hadir lagi dan mengusik hati dan jiwa aku yang baru mula tenang. Berdosakah aku dengan apa yang berlaku? Atau aku masih berhutang denganmu...