Wednesday, May 04, 2005

huuuuh......aku jadi muak dengan..

Harian aku semalam cukup membosankan, bukan kerja jadi persoalan dan aku memang tak ada masalah dengan rutin harian aku selama aku disini. Cuma aku mula nak rimas dengan manusia yang punya sikap mengampu @ muka bangku yang terlalu bijak bermuka². Atau kalau ikutkan hati hangat aku elok disamakan dengan "UNGKA" <--- tak tahu lah betul ke tidak ejaan ni.

Tak kisahlah, walaupun adakala aku bz camne sekali pun, aku tetap happy dengan kerja yang aku buat. Seminggu boss aku outstation gi Taiwan, so semalam baru dia masuk office. As usual macam² benda yang perlu disiapkan. Tak jadi masalah tu semua sebab dah jadi tanggungjawap aku. Insyallah untuk sementara ni aku mampu lagi buat semua ni.

Persoalannya sekarang, semalam fikiran aku betul² terganggu dengan sikap someone ni, dia ni cukup pandai bermuka² dan putar belit cerita kalau depan boss aku. Aku tak kisah kalau dia mengampu untuk keperluan dia sendiri asalkan tak mengganggu orang lain. Dan yang paling penting tak memburukkan orang lain. Tak payah tunjuk Pro kalau dah terbukti productivity dan quality memang tak ada. Tahap kesabaran aku cukup² tercabar semalam. Namun demi kewarasan minda aku, aku cuba sedaya upaya untuk tabahkan hati hadapi semuanya. Memang hangat hati bila melayan manusia yang bermuka² ni. Aku yakin berbekalkan pendirian yang aku bawa selama ini, bukan senang untuk aku menyerah kalah. Aku memang sedia maklum ada insan yang tak senang aku disini. "DI TEMPAT YANG AKU PEROLEHI HARI INI".

Arrrgghhh....!! Tension betul. Aku teruskan kerja aku menyiapkan Job Description untuk seorang Project Manager. Mungkin kerana tekanan, akhir² ni 3orang dari unit dan project yang sama letak jawatan. Alasan cam biasa "better offer". Dan aku tak salahkan diorang jugak, kalau untuk kebaikan diri sendiri tak salah jika cuma langkah lain.

Jam hampir pukul 12tengahari.
Aku zz.! diminta untuk menyiapkan "Internal Policy on Resignation" Terkedu aku dibuatnya. Aku ni HR manager ker atau pun Legal manager. Hebat betul..! bila aku buat survey kat member² semua. Masing² naik terkejut.. Tapi takpe aku terima dan insyallah aku boleh buat. Miong kepala aku sekejap, mana aku nak mula ni. Try², at least aku leh draft something before aku balik umah. Terfikir gak aku, diorang ni saja nak test aku ke atau nak memain...Huuuh..! Arrhhh.. tak kisahlah part of mgmt area pon. Aku try..!