Chucky the killer doll...
At last aku berjaya nonton 1 movie hingga citer tu habis. Yesss..! usually when i think of seen movie, mesti tak jadi punya. Tak pon movie tu tengok aku balik. Hhehehe
..Kalau nak tengok wayang plak kena tunggu aku amik cutilah, sebab aku jenis tak suka keluar weekend, sebab time tu terlalulah ramai orang. Sesak mata aku, sesak lagi nafas aku. Yealahh aku ni bukannya sihat sangat. Aku jenis suka tido awal salunya, jam 9.45pm pon aku leh tido. Tapi pada orang lain mungkin jam tu malam masih terlalu muda dan terlalu banyak xtvt yang boleh dilakukan. Namun itu bukan aku. Sorry..! Berbalik pada citer nonton cd "Seed of Chucky", actually cd tu aku beli. Tapi kat pasar malam jer hehe kat ngan umah aku hehe... seminggu dah kot cd tu dah tersadai kat tepi tv. Sudahnya semalam pas dinner aku berjaya to finished it. Semua dok melepak depan tv layan citer ni. Emmm pada ku citer ni takde lah horrible giler, biasa je tak gempak sangatlah tapi tak boring. Lawak pon ada cuma kurang sesuai untuk tontonan budak² bawahan umur sebab ada unsur² sex hmmmmmm..walaupun tak keterlaluan tapi tetap boleh dikira mengganggu-gugat jiwa seseorang..
Dalam citer ni tak banyak adegan² suspen cam citer² seram yang lain, cuma penuh dengan darah....Arrrgghhh...!!!!!!!!!!! Pastu adegan² ghairah menayang dada yang agak tak keterlaluan. Mungkin lahhh heheh tak tahulah pada orang lain kan. Cerita ni tak extreme mana pon sederhana jer tapi funny gak. Kalaulah aku dapat hadiah patung camtu sah² aku campak terus kat sungai tapi pon dalam longkang jerk. Tengok muka dia jer dah seram, lom apa² lagi tu. Teringat masa kecik² dulu, my mom memang tak kasi simpan patung² yang menyerupai manusia. Kononnya memalam nanti patung tu akan bangun then hidup cekik kita. Heheheh lawak pon ada bila dipikirkan. Entah maybe orang² tua ni ada sebab tersendiri nape diorg buat camtu. Okehlah esok dah start cuti sampailah hari isnin, aper aku nak buat cuti panjang 3 hari ni.....hmmmmm 
Aku suka tengak doll ni, cute betul..

weyyy jom² masuk dalam website ni. Menarik gak, games pon ada. Boleh hilangkan boring hehehe
Click kat sini haaa Seed of CHUCKY