Wednesday, April 06, 2005

Gud Luck leii...

Last week aku join farewell party my colleagues kat office ni. Otai nyer farewelllah ni.Dah lama dia kerja kat sini since zaman² gomen lagi nie, masa we all kat Damansara lagi. So now time to bersara lah. On that day we celebrated 2 orang sekali gus. Sorang staff perempuan dan sorang lagi lelaki. Staff perempuan ni bertugas kat HR then yang lelaki tu plak kat Finance Dept.Aku jarang berurusan dengan staff perempuan yang bersara ni cuma yang lelaki ni salu lah bcos dia urusankan claims. So kira famous lah dia ni. Dia ni leh dikategorikan orang tua rugged. Otak blues & sempoi.

Ramai gak yang hadir meraikan majlis diorg berdua ni hari tu. Cuma satu benda yang aku perasaan ada sesuatu yang tak kena masa tu. Bila staff perempuan tu berucap hadirin semua agak kurang beri tumpuan, mungkin ada sebab tertentu yang aku sendiri tahu barangkali. Attitutelah kot. Maybe tapi tak pasti. Yang aku perasan selama ni cara komunikasi dan interaksi membuatkan dia agak kurang disenangi disini. So faham-faham jer lahh tak perlu untuk descripe lebih lanjut. Buat tambah dosa aku jerk. So ucapan dia pon tak banyak sangat sebab tak banyak benda yang boleh disingkap dan dikenangkan. Bukan pula ini bermakna aku tak suka.

Yang menarik bila yang staff lelaki tu berucap, keramahan yang memang dikenali sejak dulu secara tidak langsung menambat hati semua yang hadir. Dari cara dia berucap dan berinteraksi dengan semua agak menghiburkan. Majlis hati tu dihadiri oleh 3-4 orang VIP² yang hadir (termasuklah Cik. Puan aku). Top² managment dalam company. Staff lelaki ni memang pandai berseloka dan amat disenangi oleh semua dengan sikap bersahaja. Dan yang paling menarik dia pandai berkata², ucapan penuh makna. Berpuitis bagai sang penglipurala. Seolah punya kuasa memikat hati semua. Barulah kini aku tahu, orang seni rupanya dia ni. Sebelum menghabiskan ucapan sempat dia berpantun dan yang paling menarik lagi pasal sekeping kertas yang keluar dari poket dia tertera baris-baris ayat yang agak menarik perhatian aku.

Kerja ibarat bercinta dalam seminggu buatku...
Malam Isnin mula bertemu
Malam Selasa datang bertamu
Malam Rabu terus merayu
Malam Khamis 'Darling I LOVE U"
Malam Jumaat "Sorry I no need U"
Malam Sabtu tinggal aku termanggu.....
Malam Ahad ku tunggu saat mula bertemu..

3 baris terakhir aku tukar sebab ayat dia kurang menarik dan tak kena alunan bunyinya. Biasalah aku kan, ada jer yang tak kena. Tak banyak sikit mesti ada punya. Pas habis dia baca kertas tu we all semua mula makan. Nasi beriani arrrhhhgggghhh buhsan tapi makan gak lahh..nak buat camner kan. Cakap pasal makan nih....Issshhhhh... alahai peyut aku mula lapo lahhhhhh...nak gi makan ke taknak ni...nak tak nak....nak tak nakk....malas betul nak gi.

Conclusion dari cerita diatas, be nice to everyone. Tak rugi apa, jangan nanti kita diperlakukan sedemikian rupa. Aku taknak rasa disisih apatah lagi dipulau camtu. Harus nangis sendiri sudahnya. Haru², apa pun aku harap diorg be happy dan dimurahkan rezeki hendaknya. Panjang umur jumpa lagi.

Tata..