Rekod kedatangan aku hari ni tercatat jam 7.05am. Cam biasa awal pagi aku dah terpacak depan pc. Semalam setengah hari network kat office ni cam siot, slow tahab gaban. Email semua delayed due to Mail Bombing. Emm bosan betullah. Tah apa-apa tah diorg ni. Dah seminggu aku cari lagu 'Suratan atau Kebetulan' by Kenny Remy Martin. Rupa² aku memang dah ada lagu ni dalam mp3 collection aku..Arrhhh. Camner leh tak perasan. So pagi ni lagu tu asyiklah berulang² berkumandang kat pc aku ni. Lagu Otai...hmm tak kisahlah yang penting aku nak cuba hayati senikata dia. Cantik betul susunan ayat-ayat lirik lagu ni.
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
zz: Memang semua yang berlaku suratan namun ada juga datang secara kebetulan dalam hidup kita. Membuat kita jadi keliru sendiri..
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
zz: Kejujuran sering diminta untuk menghiasi perhubungan agar berpanjangan tapi dalam masa yang sama kejujuran tak pernah ada dalam diri. Bagaimana mungkin untuk insan lain jujur pada kita sedang kita tak jujur pada diri sendiri.
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
zz: Memilih yang terbaik dari yang terbaik. Sampai terlupa dan alpa untuk tanya pada diri sendiri. " Adakah aku cukup baik dikalangan yang lain".
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
zz: Apabila pilihan tidak menepati sasaran terjadinya kesalan yang tak pernah padam dalam hidup.Tika ini segala yang indah lenyap sendiri. Dan diri terusan 'makan hati'.
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
zz: Bila keimanan tipis, bertubi-tubi dugaan datang menimpa. Ada hati yang mula bertaut, ada diri yang mula merindu. Bagaimana harus mungkin. Pertemuan setelah segalanya berlalu, memang terlalu bererti kerana yang ada tidak seperti yang hadir hari ini. Tapi mungkinkah kan berputik selamanya. Atau kembang kan layu ditengah musim...