Kekadang aku rasa otak aku ni dah cam 'hang' cam PC gak sebab banyak sangat benda yang aku nak pk dalam masa yang sama. Adakala aku gagal untuk manage diri aku sendiri. Entahlah aper puncaya. Aku tak pasti. Now day aku dah ada pembantu kat office, so aku tak perlu nak pening kepala lagi dah. Dia ada so leh tolong aper yang patut. Aku pon bukan larat sangat, mana nak melayan kerenah boss dan macam² kerja yang tak habis² untuk aku lakukan. Sampai angkat phone pon aku suruh dia yang angkat. Aku malas..!!!
Aku takut sebenarnya dengan perkataan 'Malas' ni. Sebab boleh mengundang kearah yang tak sihat. Mengaburkan minda dan seterusnya jadi sebahagian dalam diri membuatkan diri sukar untuk terus maju kehadapan kerana adanya sifat 'Malas' dalam hidup. Kalau dah ada perkataan ini dalam diri individu memang sukar utk dihakis sebab dah jadi darah daging. Aku taknak jadi manusia malas sebenarnya..dan itu bukan aku.
Entahlah....
Nak kat aku ni mamai bercinta tak pulak, rindu mungkin jugak tapi kebenarannya aku makin rasa tawar dalam realiti kehidupan yang aku perolehi. Bukan tak bersyukur tapi entahlahhh ..
Short msg from Lukhman S.
"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat"