Tuesday, February 15, 2005

Tuhan...jadikan aku insan yang tabah...

Hari² dalam memenuhi helaian kehidupan, aku insan biasa yang tak boleh lari dari realiti yang bermacam rupa. Tuduhan, tomahan, pujian dan pelbagai lagi. Membuat aku seakan ranum sendiri. Walau aku sendiri tak pasti apa puncanya manusia di maya ni bersifat demikian. Menunding jari seakan dia insan yang cukup sempurna kurniaan Illahi. Entahlah. Sejak kebelakangan ini, otak aku seakan naik berkarat sendiri. Sekarat rambut aku agaknya. Hilang semua idea. Arrhh.. walau dah berkepuk tulisan dalam buku nota harian aku. Tapi haruskah aku kongsikan disini. Apa lagi yang aku mampu lakukan.Hanya sabar menahan segalanya. Ada diri yang kurang senang, ada hati yang tak tenang. Hakikat²...

Apa lagi mahumu...
Mana hilang bahagia?
Mana pergi segala?
Dia...hanya dia yang merasa..

Cebisan dari nota semalam
Bicara tentang hati
Aku rasa seakan hampir mati
Bicara tentang rindu
Hati seakan ditusuk sembilu
Haruskah aku menangis
Untuk hati yang sepi
Perlukah senyuman
Untuk diri yang luka

Pada siapa lagi
Untuk apa lagi
Pergilah....
Jika itu yang kau rasakan pasti
Teruskanlah....
Jangan berpaling lagi

Ini mungkin noktahnya
Segala sengketa
Bicara penuh curiga
Terlerai segala
Pasti kau kini lega
Setelah ada hati yang mula sengsara


>>>>>>Jangan datang jika kau bakal hilang....