Wednesday, March 03, 2004

Pusara Hati

Biar kasihku terkubur disini
Kekal bersemadi dipusara hati
Jangan ada dendam lagi
Kerana sejarah silam kian jauh pergi..

Pusara yang hanya kutahu tandanya
Yang tersirat akan nawaitu suci yang tak kesampaian
Belum termakbul sebarang lagi
Jadi pemerhati kasih yang kian hilang..

Terusan dibasahi gerimis pagi
Segar berseri kuntum mewangi
Apa lagi yang terdaya kini
Hanya tinggal berkubu sepi...

Noktar segala cinta lalu henti disini
Hanya untuk epilog sepi
Moga tidak hadir megulangi
Pilu dihati hadir rajuk diri
Kelak sukar kasih bersemi.....