Sayu kedengaran dicorong telingaku subuh ini dengan azan yang memenuhi sekelian alam..dan aku masih dikamar ini yang hampir-hampir terlayang kembali bersama mimpi semalam, mimpi yang kian pergi meninggalkan aku disini bersama kisah untuk hari ini. Seperti biasa teman yang agak jarang lekang dari tidurku adalah telefon bimbitku...bukan kerana 'menanti sesuatu tapi itulah teman dimana aku mencurahkan segalanya..'semalaman kumatikannya kerana ingin tidurku lena hingga kepagi ini...
Hp aku on'kan, sms yang bertandang subuh ini...yang dihantar buatku lewat malam semalam dari seorang teman yang amat aku kenali dan boleh dikira rapat denganku. Msg yang berbunyi....
"zz janganlah bersedih..xxx berharap zz happy untuk xxx and I will do the same for zz. xxx tengok zz lebih tabah dari xxx, u deserve someone better than me"
Tergamam aku sendiri....
Sms yang datangnya dari seorang teman yang amat aku kenali, mungkin aku sedih @ perasaan yang bercampur-aduk tika ini...dan mungkin itu juga yang terakhir darinya...msg yang punyai makna tersendiri disebaliknya....Akhir-akhir ini, dapat aku rasakan aku begitu dekat dengannya..walaupun kami bukan datang dari satu tempat yang sama. Tapi hari ini aku diajukan satu soalan dari seorang sahabatnya..."Apakah diantara kami menyimpan satu rasa? atau "Kami saling merindu..?" satu-satunya soalan yang tidak dapat aku jawap dan tiada jawapan yang tersedia untuknya walau pun ada kalanya aku jadi binggung sendiri..
Dia terlalu dekat dengan setiap hasil penulisanku begitu juga dengan setiap isi kandungan laman ini..hingga ada masanya kami seakan terlupa bahawa diantara kami adanya insan lain lagi..Kami telah berpunya..!
"Mungkin aku mencintainya dalam diamku @ sekadar mencintai dan merindui sebagai seorang teman" Dia diantara pendengar setia..yang berfikiran agak terbuka dan senang diajak berbicara. Sikap bersendirinya kadangkala buat aku teruji..hingga akhir ini aku seolah merindu sendiri. Mungkin lepas ini dia terus pergi dan mungkin juga terus mati dari ingatan. Atau apa sahaja mungkin....
Terima kasih teman diatas segalanya....kau kan terus menjadi miliknya dan begitu juga aku sebaliknya...
Jangan ada benci diantara kita. Dan moga ketemu dilain masa mungkin...doaku mengiringi hari bahagiamu moga berkekalan dan selamat hingga ke akhir hayatmu. Berbahagia selalu...moga juga kau kan menjadi insan yang lebih mulia disisinya...
kau tahu dimana aku, kan sentiasa disini jika kau perlu..