Saturday, February 14, 2004

Ketabahan hatimu IBU..


Setenang air di tasik biru, begitulah tenangnya wajah ibuku..
Tanpa jemunya melayan segala karenah sekelilingnya..
Sesekali sempat ku menoleh ke arahnya dan merenung juah kedalam mata redupnya, terdetik dihatiku..
Besar sungguh kurniaanMu Illahi, aku punyai seorang ibu yang begitu tabah dan mulia hatinya..
Ku sedar, aku bukan seorang anak yang boleh dibanggakan terkadang aku juga tidak lari dari menyinggung perasaannya..
Hari-harimu tanpa jemu kau rintanginya, dengan pelbagai ragam anak-anakmu dan aku diantaranya..
Ibu, tak dapat aku membayangkan jika aku ketiadaanmu kelak..
Bagaimana harus aku teruskan perjalanan ini kerana hanya dirimu yang mengerti akan isi hatiku dan segala yang tersirat..

Andai diizinkan Allah, aku mahu ibuku terus tersenyum gembira dengan kehidupannya dan pintaku jua moga dijauhkan kesengsaraan dalam dirinya..
Aku tahu tanpa sedar aku tidak pernah lekang diingatannya..cuma terkadang, aku yang terleka dan aku gagal untuk membuktikan padanya yang aku menghargainya lebih dari segala yang ada..

Maaf kupohon darimu ibu, andai ada salah silapku. Semalam kau menangis lagi kerana ragam kami. Redup wajahmu menyentuh hatiku, betapa besar pengorbananmu tiada ternilai. Ketahuilah ibu, tidak pernah sekali terdetik dihatiku untuk menyalahkanmu kerana perjalananku sebegini. Malah aku bersyukur kehadratNya kerana aku miliki ibu sepertimu.

Ya'Allah, Kau berkatilah ibuku..lindungilah dia segala kejahatan didunia. Tabahkanlah hatiku setabah hatinya, tenangkan aku setenang dirinya dan teguhkan perdirianku seteguh pendiriannya. Lindungilah dirinya didunia @ diakhirat kelak.
Amin-