Wednesday, February 11, 2004

...esok dan seterusnya

...masih jauh lagi kah perjalanan ini atau hampir sudah diperhentiannya..Merenung esok, tak mungkin ada persamaan dengan hari ni, kisah hari ini tidak semestinya menjanjikan sesuatu yang pasti untuk hari esoknya..masih kekal disini untuk sementara. Esok entah dimana lusa begitu jua..dimana dan apa penghujungnya tiada yang mengetahui. Tercatat segalanya disana. Hargai seadanya dunia hari ni, hargai apa yang dimiliki kini. Mudahan tiada kesal dihati dengan apa yang terjadi kini, biar menjadi memori terindah dalam epilog sementara ini...dijauhkan segala yang tidak baik lebih lagi yang memudaratkan maruah diri...

Bukan niat untuk merapu atau sebaliknya, sekadar meneliti kembali mukasurat kehidupan ini dan sesuatu yang aku kurang peka. Terlupa barangkali, itu alasan biasa.
Kehidupan yang penuh dengan 1001 alasan, lumrah manusia dan aku diantaranya. Terkadang hatiku terhibur dengan pelbagai ragam disekelilingku namun ada kalanya aku jadi diam seribu bahasa seolah habis sudah semua bicara yang perlu diperbincangkan. Aku tak menbenci jauh sekali memusuhi sesama insan. Ragam hatiku ada kalanya tak menentu, tersentuh jika ada yang terlanjur berkata-kata..membuatkan aku kelu sendiri seperti hari ini....

cont....blur