Biar semuanya berlalu sendiri....meninggalkan aku dan segala yang pasti...
Mungkin ini hikmah yang tersirat, untuk aku menghijrahkan diri dan pemikiran dengan caraku sendiri...
Biar ia berlalu jangan kau undangnya lagi
Terbiar disini memberi seribu erti
Terkubur sendiri dengan makna tersendiri
Cuma yang memahami hanya kau dan aku
Akhirnya begini tidak pernah kupinta hakikatnya
biarkan aku dengan caraku, usah kau khuatiri lagi..
Kuyakini semua yang terjadi memberi hikmah tersendiri
Buat dirimu dan aku disini..
120 hari...
Memang pertemuan sukar difahami...
Bertemu lalu bercinta...
Suatu keajaiban ciptaan Tuhan
Terhadap makhluk ciptaanNYA
Dijadikan berpasang-pasangan
Tahukah bagaimana perasaan Adam dan Hawa bila disatukan disyurga?
Dan kemudiannya dipisahkan didunia buat sementara oleh kerana belenggu dosa...
Berjalanan keseorangan, merintihan mencari kekasih yang hilang...
Tidak pernah meragui ketetapan Tuhan...
Berdoa seiringan dalam menepuhi perjalanan
Apa yang perlu bagi pasangan bercinta
melainkan cinta yang luhur dan suci
Dari cinta maka akan lahir persefahaman diri
Cinta yang terbina jangan ada dipindah ganti....
Kelak kau akan merana sendiri
Diantara kesetiaan dan kepalsuan
Dan juga angan-angan yang berpanjangan
Dugaan adalah asam garam kehidupan...
Kalau tidak, kejayaan yang dibina tidak akan dikenang
Yang pasti, Tuhan tidak menguji hambaNya diluar batas kemampuan
Kerana Tuhan Maha Mengetahui kesanggupan seseorang
Antara kebenaran dan kepastian
Antara kesanggupan dan kesetiaan
120 hari adalah hadiah bagi cinta yang suci
Cukupnya sifat diri bagi generasi yang bakal berganti
Ditiupkan roh bergoncanglah hati...
Diluhmahfuz tinggi terpahatnya janji
Diantara kebenaran dan kepalsuan diri...
Antara yang hidup mahupun yang sudah tiada lagi
Terima kasih diatas segalanya..