Monday, January 19, 2004

..binatang bertopengkan manusia..

Teringat aku kisah semalam, bila sendirian mendengarkan berita tentang kematian adik Nurul Huda Ghani yang dirogol secara bergilir-gilir dan dibunuh dengan kejam. Betul-betul menyayat hati, setelah puas melayan nafsu tubuh arwah dihumban bagai bangkai busuk..betul-betul binatang mereka yang melakukan semua itu.

Banyak pihak yang meradang, melihat nasib yang menimpa anak kecil yang tak berdosa. Mana perginya akal dan fikiran mereka yang melakukannya. Kesakitan yang dirasai si-mati disaat-saat akhir beliau menghembuskan nafas terakhir. Hati aku jadi benci dengan karenah manusia yang tak bertanggungjawap ini. Sangka mereka maruah diri seseorang insan setipis sehelai tisu gamaknya...Tangisan seorang ayah yang meratap permergian puteri kesayangannya, dengan berkeadaan sedemikian sememangnya cukup menyedihkan.

Bila semua ini berlaku, semua pihak mula menunding jari. Walaupun kita sedar tiada kesudahnya. Apa lagi hukuman yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Kalaulah aku boleh menjatuhkan hukuman pada mereka ..mahu aku "SULA HIDUP-HIDUP" + bakar sampai hanggus dan pamerkan dikhalayak ramai. Biar kejadian sedemikian rupa tidak lagi berulang....

Buat aku rasa takut sendiri, tidak ada tempat yang selamat lagi. Entahlah, takziah diucapkan pada keluarga arwah adik Nurul Huda.

Al-Fatihaah