Tuesday, January 27, 2004

...aku dan cinta

Aku dan cinta..
tak mungkin boleh terpisah
dalam aku, ada cinta
dalam cinta, ada aku
itu hakikat sebenar...

Aku tak peduli apa pandangan mereka
yang penting aku dan cintaku bahagia
bagaimana aku menikmatinya
terpulang pada aku sendiri
cuma yang aku ingin pastikan
cintaku, bersemi selamanya
walau aku sedar, memang agak sukar..

Ku tahu cinta sukar luhur
namun cinta dalam sedar diantara
yang paling menyeronokkan
antara yang tulus @ dusta
terpulang pada yang berhak untuk menilainya..

Dunia cinta indah tiada cacat celanya
walau seluruh isi alam maklum akan semuan
namun insan tetap juga terusan asyik
dan aku tidak ketinggalan..

Aku,tanpa cinta seakan tidak sempurna
kerana, aku suka dimanja
aku suka dibelai
aku suka asyik bercinta
aku suka rindu dihati
aku senang dengan ragam hati..
kerana itu semua membuktikan bahawa aku sedang dilamun cintanya..

Cinta,
Ada yang terlalu indah
Ada yang terlalu menyakitkan
Ada juga yang dusta, tipu helah semata..

Tapi pada aku,
"AKU BAHAGIA DENGAN CINTAKU"