Thursday, December 18, 2003

dia yang pergi...

Sejak mula lagi aku memberi perhatian kpd dia yang pergi..entah kenapa?
Mungkin kerana dia yang menyesali apa yang berlalu dahulunya
Atau mungkin juga ceritanya tidak pernah lekang diingatannya
Namun begitu bagiku, sepertinya ada tugasan tertentu yang harus kulaksanakan..
Disamping ianya hanya tinggal cerita dan memori diingatannya..
Kucuba untuk memahami walau terkadang sukar. Hinggalah akhirnya..
Aku tahu bahawa sesungguhnya diantara yang hidup dan mati,
wujud satu keperluan yang akrab sebenarnya
Samada mengingati atau melupai, itulah sebenarnya hakikat kebenarannya..
Dia yang pergi tetap disana
yang tinggal harus meneruskan segalanya
Terbuka hatiku untuk memberikan sesuatu yang jarang kuberikan kepada sesiapa..
inilah pemberian ikhlas dari seorang kawan yang tidak pernah mengenalimu..
Namun menyintai insan yang sama seperti satu ketika dahulunya..
Semoga kau dicucuri rahmat olehNYA, hanya itu pintaku
tenang dan aman disisiNYA........

AlFatihah - buat MNR