Pertemuan yang dirancang, sememangnya tidak terduga berputik sendirinya....Sepantas waktu itu berlalu. Diantara dua hati yang tidak pernah bertemu bersatu sendirinya...semua diatas kuasai-Nya Illahi...
Harian yang berlalu pergi, walau seakan semalam bermula segala namun seakan sedekad lamanya perhubungan ini terjalin..seolah sudah sekian lamanya bersama harungi segala dan menghitung kasih...Dalam lekanya keakraban itu, "hadir" nya dia..yang sememang tidak pernah diduga..jauh sekali kupinta. Apa lagi kuasa kita kerana itu mahunya..dia bersamaku kini..
Mungkin belum waktunya untuk aku menerima kehadirannya dan mungkin juga tidak mahu ada lagi hati yang terluka lagi...terutama keduanya, aku redha. Seribu maaf kupohon, terpaksa dirinya kusingkirkan walau beribu kata bermain dibenakku ketika itu. Harapku agar kau mengerti, hadirnya kerana kita....
izinkan melepaskan...walauku tahu sukar bagimu pada mulanya..
Diantara kita hadirnya dia, perginya ia sebagai satu tanda....ketahuilah olehmu..bahawa aku masih tetap disini bersamamu hari ini dan dan hari-hari seterusnya....