..Sejenak dibawah naunganmu..
Hadirmu pelbagai cerita...tomahan dan tanggapan tiada hentinya..Tidak sekali tergoyah peganganmu..terus kau berjuang..Dengan lantang kau terus laungkan...maju kedepan lagi..Tidak sekali kau hiraukan dengki kianat musuhmu....terus jua kau berjuang....Sekedip mata ia berlalu.....Berakhir segala tomahan...kau tinggalkan bahtera yang selama ini terbina dengan semangatmu...ramai yang terharu tidak terkira yang tersedu...Dalam benci kau dikagumi...kini benci mereka beralih rindu...Tiada lagi kedengaran lauangan perjuanganmu....lenyap sepi suara cabar-mencabarmu...Lenyap ia bersama majlis suram yang terakhir buatmu.....selangkah demi selangkah.....kau meninggalkan langkahmu....Mengorak pergi, melambai mesra semua pencintamu....Diiringi dengan kesayuan dihati, meniti mengiringi...tekadmu meninggalkan semuanya tiada siapa yang menduga...seorang insan yang disegani lagi dihormati...satu-satunya asset negara yang harus dilindungi dan bisa dibanggakan...Berlalu begitu sahaja....22 tahun dibawah naunganmu...aku berbangga walaupun terkadang ku berpaling...siapa sangka kau mampu merubah segalanya...Merubah mata dunia pada tanah kerdil ini...kini kita dikenali disemua pelusuk dunia..Semangatmu.....perjuanganmu...ketetapan pendirianmu dan kecekalanmu.....tiada dakwa-dakwinya lagi..Hari ini semuanya berakhir.....melainkan perjuangan yang harus diselesaikan...lagenda yang kau cipta, sejarahyang kau tinggalkan. Kau kan terus kekal dikenang dan dirindu....Apa selepas ini....adakah kegemilangan hari ini akan terus diwarisi..?Jangan hanya dibiar menjadi memori...