Tuesday, October 21, 2003

Tenang sendiri..

Aku gembira dan tenang disini...kuharap agar semuanya kan berkekalan hendaknya. Aku yakin aku bukan sendiri, Allah senantiasa bersama aku walaupun kuakui terkadang aku terlalai dan terlupa padanya..Aku kini jauh berbeza, tenang tanpa tekanan. Aku yakin dengan keputusan ini, malah aku bersyukur bahawa tuhan masih bersamaku dan menguatkan hati dan diri ini untuk menempuh segalanya. Ketabahan yang tak pernah ku jangkakan. Kini aku berjaya melaluinya....syukurku padamu...dengan kurniaan ini. Dengan segala episod yang telah kau takdirkan buat ku. Kenangan semalam terus bersemi dihati dan tak mungkin luput diingatanku...Untuk dirimu,Terima kasih kerana bersamaku dikala aku memerlukan mu...