Tuesday, October 14, 2003

pagiku....

7.25am"Awal pagi aku dah terpacak kat office...apa yang menantiku hari ini adakah sesuatu yang mengembirakan @ sebaliknya...kesegaran diluar sana masih dapat kurasakan. Fikiranku masih bermain dengan teka-teki yang masih samar jawapannya, namun hakikat tetap jua kuteruskan."Senyumlah teman padaku agar bisa aku membahagiakanmu,biar seluruh alam bisa melihatku terus tersenyum padamu...dilautan batu ini kita meneruskan segalanya, bersama seiringan kearah tujuan dan matlamat kita sendiri...Ingatlah teman, bahawa aku sentiasa bersamamu, untuk semangatmu dan kesejahteraanmu. Jangan sekali aku dilupai, seperti mereka yang tidak pandai menghargai. Kau lebih maklum wahai temanku, 1001 macam karenah manusia diduniawi ini.Teruskan perjalanan kita....Walau kujauh dipandangan matamu, ingatlah bahawa dirimu teman tetap dihatiku kini dan selamanya..Moga kenangan ini bisa menjadi sebuah novel yang begitu indah untuk direnungi dan dihayati...yang kekal takkan luput diingatan..