Aku rasa lebih tenang kini...mungkin kerana apa yang telah kulalui membuatkan aku begini. Aku lebih berfikiran positif walaupun kadangkala aku rasa kuselesa dengannya..jauh disudut hati aku masih masih merindui kenangan lalu..
Teman,
Aku bersyukur ditemukan denganmu, bersama diriku tatkala aku berduka. Hembuskan semangat buatku demi meneruskan segalanya..tiada ternilai persahabatan kita,andai kau terbaca luahanku ini mengertilah teman bahawa kau dibarat satu kurniaan yang tidak ternilai bagiku.
Aku,
Terus disini meniti jalanan yang terusan berliku, terkadang aku cuba membohongi diriku sendiri. Kutahu rembulan jauh melangit tapi seoalah aku mampu mencapainya, kutahu teriknya mentari namun tetapku cuba bermain dengan bahangnya..mungkin kerana kedegilanku.Dunia,Sentiasa berputar dengan pelbagai cerita. Yang tak habis dimamah usia.
Seadanya aku disini, hanya mampu tersenyum, senyuman penawar duka walaupun dihati yang penuh lara. Apa seterusnya selepas ini..? mungkinkah esok mungkinkah lusa masih ada lagi. Bicara ini kuhentikan sementara..bagiku harungi segala liku ibukota..